mood: shock
selected track: boyzone - words
Seperti biasa aku akan turun area 10 pagi untuk bayar parking. Sebelum pegi bayar, aku singgah kedai mamak, beli milo ais. Milo ais dia pekat + sedap. Tahan sampai petang. Sambil menunggu milo ais siap, aku dok usha sekeliling and TV kedai tue bukak channel ESPN. Tak semena-mana aku nampak seorang wanita ini dengan selambanya smoking.
Apa masalahnya kan? Adakah aku seorang yang anti-smoker?
Bukan begitu. Ya dulu aku seorang yang
sangat anti-smoker + prejudis terhadap mereka. Abah berhenti merokok dan tak mahu semua anak lelakinya mengikut jejak yang sama. Pakcik², sepupu sepapat yang merokok akan merokok di luar rumah sebab rumah aku takde bekas habuk rokok. Pada aku perokok nie seorang yang berani. Berani mati. Berani pendekkan hayat sendiri.
Sekarang bukan aku tak anti cuma pandangan aku terhadap mereka lebih terbuka. Kebanyakkan perokok yang aku kenal sangat menghormati keadaan sekeliling, merokok jauh daripada aku, tak mengehmbus asap rokok sesuka hati. Aku harapkan mereka sedar dan cuba sedaya upaya untuk berhenti.