Follow Me @eryna82

27 August 2008

.freedom.to.speak.

mood: -xmo-cakap-
selected tracks: Duffy - mercy, Yovie & Nuno - Sempat Memiliki

not in a good mood..haih..letih la mcm nie~

akhirnya warga Permatang Pauh sudah membuat pilihan & beliau akan mengangkat sumpah di Parliment esok. Tahniah Anwar Ibrahim. Semoga dapat melaksanakan tugas dengan baik & penuh amanah. enuff bout that.

skang nk cakap pasal kebebasan untuk bercakap. aku tak rasa Malaysia mempraktikkan hak kebebasan uttuk bersuara, walhal pada pandangan aku, setiap manusia berhak untuk meluahkan apa jua pendapat dalam pelbagai bentuk sebagai wacana fikiran bersama.

dulu luahan pendapat boleh dibaca melalui ruangan dalam akhbar arus perdana, atau tinjauan dalam televisyen (yang pasti sudah di tapis)..tapi sekarang media alternatif menjadi pilihan untuk meluahkan pendapat masing-masing.


seperti aku yang menggunakan blog ini untuk meluahkan apa yang tersirat di hati, yang tak mampu dilafazkan..and ader certain posting yang agak defensive (than can be refer as "attempting to justify or defend in speech or writing"). that's my freedom to speak and i choose this way.

aku bertanggungjawab dengan ape yang ditulis disini. sekadar pendapat peribadi (esp bile peribadi + emosi). tak semestinya betul & tepat. sebab aku pon manusia tak sempurna. terlalu banyak kesilapan peribadi yang dah berlaku & aku berusaha sehabis mungkin untuk memperbaiki. terpulang pada pembaca menilai setiap apa yang ditulis dengan menggunakan akal fikiran. sekiranya ada yang tak bersetuju atau terasa, maafkan aku. aku tak berniat sebegitu. sungguh!

selak blog anna, membuat aku terus berfikir & terus berusaha memperbaiki diri berdasarkan petunjuk dari yang satu, sisa-sisa pengalaman sendiri, pemerhatian sekeliling, pengalaman orang lain & nasihat orang yang lebih matang. aku perlu itu untuk terus hidup

p/s: aku perlukan kembali sikap "silent" aku time darjah 6 dulu!

2 comments:

  1. hehe.. taip ajer!! x pasti prasan ni pasal DSAI menang..

    ReplyDelete
  2. :D

    yg penting selagi tak sentuh sensetiviti orang lain & accuse tanpa bukti ok la kan?

    ReplyDelete

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!