Follow Me @eryna82

14 November 2008

.pendapat.semata.mata.

mood: -curious-
selected track: Brian McFadden - Like Only A Woman Can

hajat dihati nk review Filem Sepi (*dlm draf*) yang aku tonton secara haram itu

tapi

masa aku belek balik aku punyer reader nie aku come across to this blog and aku nak beri pendapat lepas aku tengok video yang di'embeded'kan sekali

sila tonton [video 1] | [video 2] *aku linkkan sbb xmo berat2*posting ini mungkin panjang*

aku bukan la pro mana-mana pihak (penulis blog, orang yang kejar & orang yang dikejar)..aku tak amek journalism..ini hanya pandangan oleh manusia biasa macam aku, manusia yang belajar daripada kesilapan sendiri, kekuatan orang lain dan pemerhatian sekeliling

tapi kalau boleh


aku nak jugak tahu pendapat korang (sudi2kan beri pendapat..sebab aku nak tahu)

aku faham ada yang tak minat ngan bidang hiburan ni or kate aku taksub ngan hiburan..tapi sila pandang dari sudut kemanusiaan (ehh..mcm penah dengar ayat itu!..whatever..hahaha)

bile aku tengok video tue..apa yang aku perhati..wartawan hiburan itu sudah hilang adab sopan..sampai perlu kejar dan paksa untuk menjawab soalan

aku tak tahu scope keje wartawan hiburan..adakah hanya yang perlu cari cerita sensasi dengan paksaan, hilang adab sopan ketika bertanya..serius aku tak tahu!

aku tahu..orang yang dikejar tue selebriti glemer sebulan lepas & minggu ini..dan kate orang bile kita pilih untuk duduk dalam lime-light nie..satu pengorbanan yang perlu kita lepaskan ialah privacy

privacy? apa yang korang faham?

pada aku privacy tue takmo share ngan sape2..hak aku..hanya aku & tuhan sahaja tahu

aku rase selebriti (semua category yg ada di-lime light) masuk kategori manusia biasa, punya hak untuk bersuara ketika perlu, hak untuk manjawab soalan apabila sesuai, hak berkongsi sekiranya mahu

tak perlu la sampai memaksa dan berkejaran dalam shopping mall hanya untuk mendapat satu kepastian..sampai hilang adab sopan sebagai seorang manusia yang berakal

back to that video, even soal siasat dengan polis sekali pun (correct me if i'm wrong), kita berhak untuk bercakap sekiranya perlu dan boleh meminta kehadiran peguam dalam sesi soal-jawab itu

tak perlu la sampai memaksa dan berkejaran dalam shopping mall hanya untuk mendapat satu kepastian..sampai hilang adab sopan sebagai seorang manusia yang berakal

alasan peminat nak tahu? pada aku itu alasan lapuk...aku rase peminat skarang dah muak disuap dengan cerita-cerita macam tue..cuba beri berita yang lebih bermutu, sesuai untuk educate pembaca & peminat mcm aku nie

that's what journalist should do kan?

fikir-fikirkan dan selamat beramal :)

4 comments:

  1. apa ke hal mcm tu?? mende apa yg nk di tanya sampai ke tahap mcm tu..?? x paham la!!

    ReplyDelete
  2. hanya nak tanya betul la bercinta dengan orang di alam maya sampai kene guna-guna (lebih kurang mcm tue la kisahnya)

    ReplyDelete
  3. Yup... Cuba orang yang kejar orang tu letak dirinya sebagai orang yang dikejar. Tepuk dada..

    ReplyDelete
  4. sebab takde orang nak kejar orang yang mengejar tue..hehehe

    maka dia sibukkan diri kejar orang yang terang-terang tak mahu bagi statement

    if mamat yg dikejar tue xmo komen, cukup la smpi situ

    smpi masa mungkin dia akan ulas

    xpun perbaiki cara bertanya, supaya lebih sopan..mungkin feedback dari mamat dikejar itu lebih baik

    ReplyDelete

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!