mood: shock
selected track: boyzone - words
Seperti biasa aku akan turun area 10 pagi untuk bayar parking. Sebelum pegi bayar, aku singgah kedai mamak, beli milo ais. Milo ais dia pekat + sedap. Tahan sampai petang. Sambil menunggu milo ais siap, aku dok usha sekeliling and TV kedai tue bukak channel ESPN. Tak semena-mana aku nampak seorang wanita ini dengan selambanya smoking.
Apa masalahnya kan? Adakah aku seorang yang anti-smoker?
Bukan begitu. Ya dulu aku seorang yang sangat anti-smoker + prejudis terhadap mereka. Abah berhenti merokok dan tak mahu semua anak lelakinya mengikut jejak yang sama. Pakcik², sepupu sepapat yang merokok akan merokok di luar rumah sebab rumah aku takde bekas habuk rokok. Pada aku perokok nie seorang yang berani. Berani mati. Berani pendekkan hayat sendiri.
Sekarang bukan aku tak anti cuma pandangan aku terhadap mereka lebih terbuka. Kebanyakkan perokok yang aku kenal sangat menghormati keadaan sekeliling, merokok jauh daripada aku, tak mengehmbus asap rokok sesuka hati. Aku harapkan mereka sedar dan cuba sedaya upaya untuk berhenti.
Cukup tentang perokok. Berbalik kepada insiden wanita tadi di kedai mamak. Masalah aku bukannya salah dia merokok, masalahnya wanita itu bertudung! Dia memakai tudung yang cantik bak gaya ikin tapi smoking dengan selambanya tanpa peduli orang lain yang memandang. Aku sangat terkejut. Sangat! Sampai aku update status twitter & fb. Aku dah tak heran kalo lihat wanita melayu merokok, sebab time aku kerja Damansara dulu ramai je yang merokok. Tapi wanita ini bertudung. Perspektif dan penerimaan berbeza.
Maka banyak la feedback yang aku terima dari kawan-kawan fb yang mengutarakan pendapat masing-masing. Tiada niat untuk menjatuhkan maruah wanita berkenaan (lagipun aku tidak mention nama atau apa-apa yang boleh anda wat tekaan, cukup sekadar aku berbicara tentang wanita itu secara umum). Sambil membayar duit milo ais dan menuju ke tong tiket parking, otak aku berjalan. Kenapa begitu jadinya? Wanita itu sudah hilang rasa segan kah? Macam-macam. Mujur aku tak bawak henset sekali, kalau tidak beliau akan jadi insan terkenal hari ini.
Nampaknya tudung berawning kelabu yang cantik di atas kepala wanita itu tak mampu menghalang beliau melakukan perkara yang dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.
Berikut merupakan antara komen yang aku terima di wall fb
Hafiz Malik - Salah tu.. Tengok satu-satu..Pakai Tudung telah dapat pahala satu bahagian. Merokok itu, dosa lain. Adakah orang yang tidak pakai tudung maka boleh dia merokok dengan sesuka hati.
Eza Sarey - tp bile kite pkai tudung.. kite berpiki 2X utk wat dose2 yg laen.. tudung ne cam benchmark utk tak wat bende2 yg tak elok.. just an opinion..
Hafiz Malik - "Perlulah difahami bahawa seorang wanita yang berhijab bukan seorang yang maksum (terlepas dari buat dosa). Maka tidak mustahil, seorang wanita yang berhijab tetapi melakukan sesuatu kemungkaran juga seperti mengumpat dan berhasad dengki. Allah taala akan memberi pahala kepadanya kerana berhijab dan juga dosa atas keburukan yang ia lakukan dan sifat keji yang ada dalam hatinya."
"Kewujudan wanita yang berhijab tetapi melakukan dosa-dosa yang lain tidak boleh menjadi alasan bagi seorang wanita meninggalkan kewajiban berhijab atas alasan ‘yang penting hati mahu baik’. Jika alasan ini boleh diterima, maka manusia akan mempunyai alasan bagi meninggalkan semua kewajiban agama. Orang akan mengatakan ‘buat apa sembahyang, kalau masih buat itu dan ini.... apa guna pergi haji, tapi masih tak sedar diri macam pak haji tu.... buat apa puasa, kalau ... yang penting hati mahu baik’."
[ source ]
Pun begitu.. saya setuju dengan pendapat -me- juga. Orang zaman sekarang ni, bertudung disebabkan oleh kerana orang lain pun pakai. Ianya sudah jadi fesyen lebih daripada pemakaian yang melindungi kesucian diri seorang perempuan.
Dengan tindakan, orang tsbt.. maka nama baik perempuan2 bertudung lain juga tercemar. Eloknya kita keji perbuatan perempuan merokok itu.. Tak elok. Malah lelaki pun tak elok merokok.. :p
aku faham yang nama pon manusia (termasuk aku) sentiasa khilaf, tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, tapi agak-agak la. kot iye pon nak smoking, cari tempat yang orang tak nmpk, bila sendirian ke..ape-ape la yang tak menimbulkan pandangan serong orang. not in public. aku plak yang rase awkward dalam kedai mamak tue.
walau apa pun alasan insan bertudung tue merokok di khalayak ramai, aku harap lepas nie dia lebih berhati-hati dalam memilih tempat.
dan kita sentiasa berpesan sesama insan dan mengingatkan diri sendiri serta berdoa supaya kita dihindari dengan pelakuan sedemikian rupa.
salam aina...
ReplyDeleteko dapat award...silalah tengok blog aku...
Some people thoughts tak salah tuk perempuan merokok, but unfortunately it didn't reflects Malaysian perspectives on the issue.
ReplyDeleteIt is clear that Merokok membawakan kesihatan. Everyone knows about it.. Find for me,if you wanna smoke, but janganlah drag org yang tak smoke tuk menghadapi masalah kesihatan bersama anda sekali....=P
merokok tue hak masing-masing. even wanita & rokok pon dah jadi common skang.
ReplyDeletetapi bila wanita bertudung merokok, itu isu!
isu merokok tue satu hal.
bertudung hal lain.
tue belom campur merokok kat tempat awam yang dah terang-terang memang tak boleh sebenarnya.
banyak isu berbangkit hanya dengan sebatang rokok!
(cite pasal rokok je boleh buat aku ngomel panjang~~)