Follow Me @eryna82

16 April 2010

apsal hari nie xde mood?

-hmm-
credit: Natalie Dee
mood: -lari-ntah-mane-hala-
selected tracks: SNSD - Run Devil Run & Super Junior - Dead at Heart

(entry luahan perasaan. nie masalah diri sendiri! masalah tak boleh adjust diri lagi. xde kaitan dengan kerja & sewaktu dengannya)

apsal hari nie plak xde mood? langsung xmo wat ape-ape walaupun banyak je paper, policies, SOP(s) kene rangka (half-way done) & siapkan. Paper Dasar pon baru half-way review and adjust. Belum habis update sepenuhnya. (semuanya half-way nie~ ishhhh~)

(bile update blog terus mood datang..hehehe~ next time mood xde, terus update blog! dengan topik yang boleh jana pemikiran. xmo jadi blog sampah! ke sebenarnya dh masuk kategori tue?)

my life back to abnormal phase. no more evening korean-tv-entertainment-show. balik lepas waktu kerja sebab malas nak sangkut lama-lama dalam jammed. Even worst hari Jumaat. Mau 2 jam dok dalam kereta je. Sampai rumah tak nampak bende lain, nampak bantal. Nak tido. Bawak je balik paper dasar dengan harapan bukak laptop and review sikit-sikit TAPI HARAMMMMM~ aku akan lena depan lappy. dan bangun awal, just to check & update my fb & twitter~

Sesungguhnya Facebook, Twitter & YouTube (+internet) TRULY distract ME! (yes! blame me! again!)

oleh kerana jadual weekdays mula awal, maka kesan itu mempengaruhi weekends ku~ bangun awal pagi macam time nk pegi kerja walhal bukannyer kerja pon! haih!

Last Sunday have my gossips girls day out with Bahie, Ayu, Sofia & new member Ainin. Missed Jah, Dila & Shambie. Kapan mau kumpul cukup quota? Pasni masuk Mama Ecah + En.Enal dalam list aktiviti.

Aktiviti kali nie adalah nonton Evolusi KL Drift 2. Pas 2 minggu baru premiere sempat nak pegi tengok. Lagipun bukan senang nk manage day out nie. confirm ada kekangan (tak cukup korum). Seperti biasa tukang manage event akan diserahkan pada Bahie sebab dia je yang available untuk booking tiket online. hehehe~ (^_^). Thanks Bahie.

BTW, aku hanya layan cerita Melayu kat panggung. Dasar support filem melayu tau. Cerita Omputih aku boleh download kat internet je~ hehehe~

Seperti biasa, aku akan jadi transporter amek diorg semua kat rumah & moved to LRT. Jangan la suruh aku drive kete masuk KL esp hujung minggu. seb baik mereka (gossip girls sekalian) sangat memahami. (^_^).

Budget nonton KL Drift di TGV KLCC dengan harapan panggung kosong TAPI ramai lagi tak tengok rupanya. masih Full House! yang tak bestnyer, dah tau filem tue rate bukan U tapi typical Malaysian masih bawak budak kecik sekolah rendah (even TADIKA) masuk tengok cerita tue. aksi tumbuk pompuan, ayat² yang diguna terlalu KASAR untuk kanak-kanak. So wahai ibubapa kanak-kanak Malaysia, JANGAN salahkan anak² anda jika tiba² dia cakap ayat macam nie "Kau ni kawan yang SIAL la" kat kawan dia or even worst cakap mcm tue ngan anda ibubapa kanak-kanak Malaysia. Check balik, ada tak bawak anak pegi tengok KL Drift? Aku tak salahkan cerita tue, sebab cerita tue based pada keadaan semasa. Aku salahkan mak bapak yang bawak anak² tengok cerita yang tak sesuai. Kalo nak tengok sangat, tinggalkan anak tue ngan pengasuh or upah sape2 tolong jaga kejap. Pay extra. Tak pun tunggu DVD keluar. tengok time anak dah tido. Hishhhh! Rosak!

Oleh kerana aku suka aktiviti pagi, so sampai hujung-hujung cite mata aku macam pejam je. :p tapi seb baik telinga masih tajam dengar dialog-dialog tue sume. Overall boleh la layan cerita tue. Tahap lakonan Shamsul Yusof pon ada peningkatan. Best time kereta laju & drive lawan arul jalan. kewl! Tayah la nafikan kemampuan lakonan Aaron Aziz & Sam sebab watak jahat jugak yang best untuk dilayan. Aku pegi tengok sebab nak tengok Sam rambut panjang. LOL. pastu cakap slang Cina. Brutal habis. Time dia hayun kayu pukul Scha tue kewl gile.

Habis nonton, it's makan time. Nie macam aktiviti wajib. Sama ada sebelum, semasa atau selepas aktiviti berjalan. (^_^). This time semua setuju makan Nando's. Me & Bahie punyer cadangan. Ayu nak makan Kenny sebenarnya & Sofia tak kesah. Seems Kenny boleh kate kerap jugak makan, so ubah selera la sikit. Eventho' aku order ¼ mild ayam, but STILL pedas & surprisingly Sup Ayam dia banyak gile compared to Kenny. Kalo tau sup banyak macam tue, tayah aku order ayam. Last² ayam tak habis. Yang habis hanya sup, side dishes & blend mocha~ dah tak boleh masuk. (^_^).

Seems bulan Mei nanti kemungkinan besar xde aktiviti, so this week, kami semua arrange nk serang BookXcess kat Amcorp Mall. tengok blog & website dia, buku murah². Mama Ecah nak serang buku masak and me as always sampai sane baru tengok buku mane nak rembat. Wishlist memang ada tapi tatau available ke tak. Last 2 weeks rembat 2 bijik buku baru yang SANGAT murah di Carrefour, RM5 each. So heaven~

So tue je crap post this time. mood nak review dasar dah ada sikit². hope lasting sampai petang (dah petang la nie. cet!). Kalo MuBank ada this week, ada la reason nak balik awal, tapi semua entertainment show (korean) batal lagi, no reason balik awal! wat letih sangkut dalam jammed je. (*_*)

p/s : just wonder asal hari jumaat je jalan hala ke KL jammed TERUK! mmg kene siap bekal jajan + CD lagu korea dalam kereta. bile stress kite makan & dengar lagu sambil nyanyi kuat². hmm~

4 comments:

  1. yess2, bila stressed je, sila makan! he3

    ReplyDelete
  2. bile letih + mengantuk menguasai diriku ini, makanan akan ku abaikan ^_^

    ReplyDelete
  3. mood oh mood di mana kau...salam!

    ReplyDelete
  4. mood kejap ada & kejap xde. mcm biskut >.<

    anyway, salam! thanks for visiting

    ReplyDelete

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!