Follow Me @eryna82

20 September 2009

Perutusan Aidilfitri 1430H

00:14 2 Comments

mood: -raya-raya-raya-
selected track: M. Nasir - Salam Dunia

Assalamualaikum,

Dikesempatan dengan tibanya bulan Syawal yang mulia nie, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan & kesilapan sama ada dari segi perbuatan, perbualan dan tulisan yang menyinggung kawan-kawan semua. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu datang daripada kesilapan & kekhilafan saya sendiri.

Tahun ni beraya di Sri Gombak. Walaupun bukan di kampung, rumah ni tetap meriah dengan kunjungan sanak saudara. Kalau ada peluang, ada rakaman video raya di Sri Gombak..hehehe ;)

10 August 2009

.aku.dan.hak.pengguna.

10:12 2 Comments
 

mood :-sedikit keletihan-berkejaran-
selected track : SS501 Jung Min - If You Can Not feat Jisun

Minggu lepas aku terima surat cinta daripada Astro. Ingatkan bil terkini, tapi bukan. Rupanya surat pemberitahuan kenaikan charge pakej sukan Astro. Aku & Sukan? tak masuk langsung kan? aku bukan peminat setia sukan. Tengok pon kadang-kadang. Kalau ada kejohanan yang best macam badminton baru aku melekat sikit kat siaran 811.

Aku subscribe sebab my boys. Satu cara nak mengurangkan mereka melepak di kedai mamak & keluar rumah di malam hari & membuat mama risau. Nonton kat rumah kan lebih baik. lengkap dengan pakej makanan dalam fridge. Seat free & freestyle.

Tapi bukan itu cerita utama. Ceritanya tentang kenaikan RM12 pakej Supersport itu. Ramai yang bengang ngan charge kenaikan tue terutama yang subscribe kat rumah. Exclude kedai-kedai mamak ok. Aku rase diorang tak kesah pon setakat naik RM12 tue. setiap bulan untung ribu raban, takkan extra RM12 pon nak batalkan pakej sukan kan? Aku pon terkena tempias kenaikan, walaupun aku jarang tengok. Ada komen dalam surat khabar arus perdana, termasuk orang yang terlibat dalam persatuan pengguna tetang ketidakwajaran Astro menaikkan charge pakej Sukan. Musim baru EPL akan bermula, aku rasa itu antara faktor kenaikan. Plus mana ada channel lain yang offer EPL kan?

26 July 2009

finally, it's official

02:59 0 Comments

mood : grief
selected track: -none- instead please recite Al-Fatihah to her

I'm tired reading rumors about her passed away circulating Facebook & Twitter last couple days. A friend of mine also update his Facebook status mention her passed away on Friday 24th July 2009 @3.06pm evening. I'm shock and wonder where he got the news from. As always he mention from trusted resources. I check on Bernama webpage, goggle around and still can't find any news about that. I do listen to local online radio, still none of them mention about her passed away.

Then a few minutes before i log-off my Facebook, he leave a comment, mention that ERA already confirm the devastating news. I' still can't believe it. Again I check on Bernama. Still NO NEWS. Went home and listen to ERA News @5pm. Still NO NEWS to confirm it. Wondering why do people do this; playing around with her passed away news. Just to remind myself and the rest, this death issues it's not a joke. If you didn't confirm about it, or heard just a rumors, then don't post it on your Facebook status. Keep it to yourself until it's broadcast on news. Enuff said.

I'm please to know that she is still alive eventho' with help of life oxygen support [here]. My prayers and all other Malaysians still with her and hope that she will be recovered and healthy again.

20 July 2009

.quote.#04.

02:32 4 Comments

mood: ^_^ + dizzy
selected track: India Arie - Ready for Love

blog dah berabuk2. spark utk blogging semula tiada walaupun banyak perkara yang boleh diketengahkan. i'm in "cap m" mood. serius. masa diperuktukkan untuk baca blog kawan-kawan yang menarik itu.

so today sy just sharing another quotes from friends. Enjoy!
To be capable of steady friendship or lasting love, are the two greatest proofs, not only of goodness of heart, but of strength of mind. - Fullfilth @twitter

09 June 2009

OMG!

20:33 3 Comments

mood: shock
selected track: boyzone - words

Seperti biasa aku akan turun area 10 pagi untuk bayar parking. Sebelum pegi bayar, aku singgah kedai mamak, beli milo ais. Milo ais dia pekat + sedap. Tahan sampai petang. Sambil menunggu milo ais siap, aku dok usha sekeliling and TV kedai tue bukak channel ESPN. Tak semena-mana aku nampak seorang wanita ini dengan selambanya smoking.

Apa masalahnya kan? Adakah aku seorang yang anti-smoker?

Bukan begitu. Ya dulu aku seorang yang sangat anti-smoker + prejudis terhadap mereka. Abah berhenti merokok dan tak mahu semua anak lelakinya mengikut jejak yang sama. Pakcik², sepupu sepapat yang merokok akan merokok di luar rumah sebab rumah aku takde bekas habuk rokok. Pada aku perokok nie seorang yang berani. Berani mati. Berani pendekkan hayat sendiri.

Sekarang bukan aku tak anti cuma pandangan aku terhadap mereka lebih terbuka. Kebanyakkan perokok yang aku kenal sangat menghormati keadaan sekeliling, merokok jauh daripada aku, tak mengehmbus asap rokok sesuka hati. Aku harapkan mereka sedar dan cuba sedaya upaya untuk berhenti.