Follow Me @eryna82

14 June 2016

Kenapa Kita Mesti Beli Jam Jenama Casio?

13:55 0 Comments
mood : #sedangbertenang
selected track : Taeil - It Was Love



Uihhhhh tengok design jam tu pun...pergggghhhhhhhhh cantik kot!

By the way..........

Ada tak di antara korang-korang yang tengah baca blogpost ni merupakan penggemar no 1 a.k.a peminat tegar a.k.a kipassusahmati a.k.a die-heart-fan jenama jam tangan Casio? 

Aku jamin ada. kan? kan? kan? wehehehe.

Ni nak share sikit pasal Casio...

Jenama yang berasal dari negara matahari terbit – Jepun sejak tahun 1946. Start dengan dengan pengeluaran kalkulator dan barangan elektronik yang lain, Casio kemudian membawakan koleksi jam tangan khas untuk lelaki dan wanita. Dan sehingga kini, jenama Casio masih kukuh di dalam pasaran dan koleksi Casio watches ini boleh anda temui di serata dunia serta boleh juga dibeli secara online.

Tak percaya? pegi google Casio Watches! Banyak tak? aku google keluar 12,8000,000 results.

So korang dah tak de alasan tak beli hatta seutas jam tangan jenama Casio. Jam tangan berjenama Casio ni:


  • ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan dan murah berbanding jenama antarabangsa yang lain. Dengan kata lain, sesiapa sahaja (termasuk korang, and aku :D ) mampu memiliki jam tangan keluaran jenama ini.
  • sentiasa komited dalam penghasilan setiap koleksi jam tangan yang dihasilkan. Oleh itu, korang tidak perlu bimbang mengenai kualiti jam tangan Casio. Ia amat tahan lasak dan berkualiti tinggi!
  • amat peka dengan trend terkini dan oleh kerana itu, korang boleh menemui aneka pilihan jam tangan dengan rekaan yang cukup menarik dan pastinya menepati citarasa korang.
  • Jam dengan pelbagai kegunaan. Apa yang menarik, jam tangan Casio ini juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi berguna dan memudahkan lagi aktiviti harian korang.
  • Evergreen. Koleksi jam tangan Casio sememangnya evergreen dan tak lapuk dek zaman! Timeless!
So tunggu apa lagi wahai peminat jam Casio! Dapatkan rekaan terkini lagi menarik dengan harga berpatutan. Jom usha².

byeome!

p/s: lepas tengok ni mula rasa nak hadiahkan diri sendiri jam tangan Casio. :p

22 November 2015

[FREE SAMPLE] Senarai Brand Untuk Formula Milk

08:00 1 Comments
mood : #sedangbertenang
selected track : Sakura Band - Melepaskanmu

post asal [sini] | [diapers]

sebelum ni dah post pasal how-to-get free sample diapers. yang ni pasal formula milk for kids and pregnant mum plak. will be updated from time-to-time with sample picture if any :D

Most of the formula product acquired to sign up as member & milk are for kids 1 y/o and above.  Do consult the experts for kids under 1 y/old :)

* yg mana kami jumpa ja la na* kalau ada yang lain boleh bagitau kat komen * kami edit *

semoga post ini bermanfaat untuk semua. semoga rezeki saya pun dipermudahkan. InsyaAllah.

Senarai Formula Milk.

1. Dumex Mamil
  • Online request for free sample : YES [ apply here ]
  • Sample available : Mamil Mama, Mamil Learning, Mamil Active
2. Sustagen / Enfagrow 
  • Online request for free sample : YES by registered as Sustagen / Enfamama A+ Club [ apply here or here ] either one.
  • I already registered but nothing appears when i request for free sample. Let me know what when wrong~ -_-
3. Pediasure
  • Online request for free sample : YES by registered as member [ apply here ]
  • Sample available : Similac Gain Plus, Isomil Plus, Similac Gain Kid, PediaSure Complete
5. Friso Gold
  • Online request for free sample : YES by registered as Friso Gold Club [ apply here ]
6. S-26
  • Online request for free sample : YES [ apply here ]
  • Sample available : S-26 MAMA, S-26 GOLD PROGRESS, S-26 GOLD PROMISE, S-26 PE Gold, Enercal Plus
7. Anmum
  • Online request for free sample : YES [ apply here ]
  • Sample available : Anmum Materna, Anmum Lacta, Anmum Essential Plain, Anmum Essential Honey
8. Dutch Lady
  • Online request for free sample : YES [ apply here 
  • Sample available : Curious, Explore, Create
byeome.

20 November 2015

[FREE SAMPLE] Senarai Brand Untuk Diapers Baby

22:30 6 Comments
mood : #sedangbertenang
selected track : 세븐틴 - 만세

post asal [sini]

post ni detailed sikit & will be updated from time-to-time.

kami senaraikan brand - brand diapers baby yang ada dekat malaysia ni & cara nak dapatkan free sample.

tujuan kami tulis post ni for FUTURE references untuk diri sendiri & membantu ibu -ibu baru. ye la bak kata kesayangan saya, kita mak - mak baru (ehh aku blom jadi mak lagi...mak penakan ja) mana la nak tau kulit baby sesuai dengan diapers hak mana satu. daripada membazir beli diapers, baik kita kaedah-cuba-berjaya dengan cari free sample.

nanti kalau sample yang kami apply dah sampai, post ni akan diedit dengan gambaq. mostly ambik masa 4 - 6 minggu untuk sampai depan pintu rumah. kebanyakkannya terbuka untuk rakyat malaysia sahaja ye.

some of the brand memerlukan particular baby (gender, berat), parents (est due date) & sebagainya. ada yang perlu register. ada yang perlu confirmkan alamat e-mel. ada yang perlu like FB page. nak mende free bukan senang. kene la bergigih. :)

* yang mana kami jumpa ja la na* kalau ada yang lain boleh bagitau kat komen * kami edit *

semoga post ini bermanfaat untuk semua. semoga rezeki saya pun dipermudahkan. InsyaAllah.

Senarai Brand Diapers.

1. Pampers
  • Online request for free sample : Not Available a.k.a tak jumpa! Yang available Pampers Indonesia =.=
2. Huggies
  • Online request for free sample : YES by joined as Huggies Hug Club [ apply here ]
  • T & C : Each request entitled to a maximum of 2 samples per household within a period of 6 months.
3. Pet Pet
  • Online request for free sample : MAYBE via FB msg [here]
  • Aku dah send soalan tanya kalau ada. la ni dok tunggu reply.
4. Mamy Poko
  • Online request for free sample : YES [ apply here ]
  • T & C : Each sample pack contains two pieces of product and limited to one (1) per household. Repeated requests from the same household for the same child are allowed after a waiting period of 6 months.
5. Goo.N
  • Online request for free sample : Not Available a.k.a tak jumpa! =.=
6. Drypers / Hey Baby
 
  • Online request for free sample : YES by register as an Drypers Baby Club member [ apply here ]
  • T & C : Only one sample request per baby per household
7. Diapex
  • Online request for free sample : YES [ apply here ]
  • T & C : Only 2 pc sample pack will be sent per child per house. Repeated requests from the same household for the same child are allowed only after a waiting period of 6 months
8. Baby Love
  • Online request for free sample : YES [ apply here ]
  • T & C : Each sample pack contains one piece of diaper
9. Fitti
  • Online request for free sample : Not Available a.k.a tak jumpa! Yang available Fitti Indonesia =.= [ here ]
10. Merries
  • Online request for free sample : YES [ apply here ]
  • T & C : Each sample pack contains one piece of diaper
11. Whoopee
12. Pureen
  • Online request for free sample : Not Available
  • Tips : Mungkin boleh tanya melalui Contact Pureen : here
byeome!

Siapa TAK SUKA FREE Angkat Tangan!

13:57 2 Comments
mood : #sedangbertenang
selected track : 세븐틴 - 만세

Sapa tak suka angkat tangan! :D pi main jauh-jauh! wahahahahahaha =)) ~

Aku tak angkat tangan aku makanya aku SUKA free stuff. Kalau korang angkat tangan makanya *ikut-suka-nak-terus-baca-post-ni*

Sebenaqnya masa pi Korea pun tujuan masuk kedai-kedai makeup bukannya nak sangat membeli kosmetik atau any beauty product..

TAPI...

nak dapat free sample. botol-botol kecik. paket-paket kecik. dapat face mask sekeping-dua-keping sampai penuh beg berkeping-keping.. ye la kalau dah sepanjang jalan dekat myeondong tu masuk tengok.. ada certain time dapat la free sample yang mana produk tu blom sampai Malaysia lagi... :D

LAGIPUN...

depa dah huluq..takkan tamau ambik kan? tak baik tolak rezeki. rugi.. hahahahaha..

KESANNYA...

sampai la ni masih ada sample yang masih blom dipakai. asyik dok dapat ja sampai tak terpakai. terutamanya face-mask. ada yang aku bagi orang suh try.. tapi selagi blom expired kita simpan la..

{pasal travelog-spring-merangkak-ke-soping-vietnam-melaut-ke-autum-di-korea-nanti-nanti-la}

fyi ada sorang kesayangan tu yang memang handal bab berjimat cermat...istilah yang boleh digunakan untuk menggambarkan perangai beliau adalah "bargain hunter".. dari sebelum kawen.. sampai nak kenduri kawen.. sampai dah beranak satu..memang tip top bab-bab mencari bende-bende free..bende-bende murah..memang GIGIH!

makanya kami-kami ahli kumpulan yang tak berapa nak rajin dan gigih ni menumpang tips-tips yang dikongsi bersama... terima kaseh kesayangan :love:


btw as this post been draft-written on 19.11.2015.. kesayangan dengan incik.husband dia dengan gigihnya cuti.. pagi - pagi drive dari Sepang pi Grand Opening Ikea kat Cheras sana...Aku tengok gambar manusia yang dikongsi dalam group whatsapp beratuq untuk free gift je pun makhai... blom campoq jammed segenap alam dekat bulatan kg.pandan sana..

**MEMANG berpinaq mata**kalau dah begitu keadaannya..memang aku belum boleh pi la IKEA Cheras dalam masa terdekat ni..walaupun dah panjang list barang rumah nak pi beli**

ok. sambung kisah misi mencari free sample.

16.11.2015 kesayangan saya ni share pasal free sample diapers...ye la mak-mak kan? niat di hati beliau nak memesan dekat sorang kawan yang dok-mabuk-first-trimester untuk pegi google & register segala website yang boleh dapat free sample diapers baby.. siap bagi senarai brand diapers dekat malaysia ni..

perkaitan dengan kami yang belum berezeki nak ber'anak' neh ?? wehehehehe~ anak sendiri je la belum berezeki...anak penakan dah 5 orang~ anak sepupu... errrr satu.. dua.. tiga.. sepuluh.. dua puluh.. krik.. krik.. krik.. *kiraan hilang*


memandangkan adik-ipaq menunggu hari nak bersalin, aku pun relay mesej yang sama ke adik-ipaq... dia pun dengan semangat register.. dia tatau pun pasal free sample diapers baby.. yang dia tau free sample sanitary pad je~ wehehehehe~

maka kak-ipaq-ni dengan adik-ipaq dok berwasap-wasap pasal free sample diapers baby.. dia register. aku register. adik aku register. kalau sorang register dapat 2 keping, 3 orang register dapat 6 keping free..wehehehehehe~ 

rupanya dalam dok kami berwasap pagi tu dia dah ada contraction setiap setengah jam..tengah hari ada bleeding sikit..malam baru bgtau kami dh otw g az zahra bangi... Alhamdulillah adik-ipaq dah selamat bersalin 17.11.2015 lepas.. makanya misi mencari free sample untuk baby diteruskan oleh kak ipaq.... wehehehehe..

Nanti kami update-edit-detailed-post-with pictures bila free sample dh sampai kat rumah ok.. Ni antara barang-barang yang kami gigih cari & ada yang dah apply untuk free sample :
  1. Baby Diapers [detailed post] 
  2. Susu Fomula + Susu Tepung Ibu [detailed post]
  3. Sanitary Pad [detailed post]
  4. Toiletries PART 1 [detailed post] | Part 2 [detailed post]
[kalau jumpa barang lain, list will updated]

byeome!

p/s : aku pun tatau pasai apa aku semangat cari free sample neh~ post dalam loghat utara plak tuh...mungkin sebab kami semangat nak balik penang next week! wehehehehe~

03 June 2015

South Korea : How I See It?

18:30 0 Comments
Mood: blank-space!
Selected track : EXID - Up & Down

Photo credit : here
Mood di hari selasa yang agak sunyi sebab cuti sekolah. Best bawa kereta di highway sebab dekat tol Sungai Ramal tak jammed langsung! Keluar rumah 7.50 pagi, 8.15 pagi dah sampai parking office! Indah!

Sampai office baca news dulu and come across to this story about :

"Awek Ini Dahulu Fanatikus K-Pop Sehinggalah Dia Alami Korea Yang Sebenar"


Reaksi saya? Jom baca. taaaaaaaaaaaaapppppppiiiiiiii saya nak ingatkan post ini hanya pandangan peribadi saya yang baru melawat korea 2 kali sebagai pelancong!

Beruntung dia berpeluang belajar di Korea and get a chance to see the other side of Korean.

Aku pulak macam ni:

Fanatikus? i admit i'm quite fancy about korea. semuanya yang indah, maju, tepat dan sebagainya. 2 kali pegi korea 2 kali la aku amuse about something and everything that i see. itu tak masuk duduk dekat kerusi kat malaysia, mengadap laptop and fancy about korea esp k-pop!

*memang itu pun yang bawa aku sampai korea pun kan~ wehehehehe~*

tapi sebab korea juga aku banyak belajar. belajar tentang kehidupan. belajar tentang kawan. belajar hormat pandangan orang. belajar untuk tidak jadi terlalu workaholic. belajar untuk enjoy everyday in your life to the fullest. belajar untuk bersyukur. belajar untuk appreciate. belajar untuk belajar benda baru. belajar to speak new language walaupun gile broken! and grammer ntah-apa-apa!

banyakkan? yes. and i learned a lot!

based on my experience yang tak berapa nak banyak ni and pandangan peribadi, korea is a best place to travel around but not for living! kalau mahu melihat keindahan ciptaan Allah yang sangat cantik negara ini merupakan salah satu tempat yang boleh dikunjungi. the magnificent view. Subhanallah. Itu je ayat yang aku dok ulang bila tengok permandangan yang cantik. 

My reasons for Korea is not the best place to live in:

#1st-experience masa dekat Seoul Station. 1st day sampai korea. dengan jet-lag. and nak kejar tiket train terus ke Busan. gile hectic. laju. keluar train orang macam terkejar-kejar. dengan manusia kt station tu toksah cakap la. memang ramai esp time nk naik escalator. kalau kat malaysia equivalent to KL Sentral. tapi at least KL Sentral takde la buat aku rasa penuh sangat. for more boleh refer this post! Kesimpulannya Seoul-at-glimpse : for me it's super-duper fast. the people moved really fast. and i can't cope with that fast-mode! #pening #nakmuntahtengokorangramai

#2nd-experience masa autumn last year. (delay-post! nanti la~)..masih di seoul juga. my travel-buddy ada kawan korean-namja yang baru berkahwin. sepatutnya our travel schedule memang ada agenda attending korean wedding tetapi rupanya bila dah beli tiket, we're a week late from the wedding date. so memandangkan my travel-buddy tak dapat pegi, so she decided to meet him at seoul. kami orang split di myeongdong and we'll meet at guest house. kami orang jalan-jalan n balik hongdae around 10PM++ macam tu. and she's already sampai guest house almost an hour before us. gile kejap je jumpa. dikhabarkan korean-friend tu kene pegi amek wifenya di tempat kerja. then the most surprisingly he's double degree holder! Y___Y and keje executive je. and i been told that yang diorang memang kalau setakat satu degree ni apa la sangat! *gulp*

working environment pun sangat mencabar & competitive. untuk interview sahaja, resume perlu SUPERB! and gambar cantik a.k.a beauty a.k.a looks tu menjadi essential item dalam resume selain qualification. that's why plastic surgery memang la glemer. masuk keluar macam pegi salon rambut je! bersepah~ kalau korang semua ada peluang untuk google korean-beauty-show "Get It Beuaty" then korang akan faham why being plastic been needed and wayyyyyyyy better than natural!

for malaysian macam kita ni esp muslim, memang weird la kan topik plastic surgery ni. taboo gitu! sebab kita dinilai dengan kelayakan akademik (+pengalaman). berlainan dengan Korea yang both are essential. baru-baru ni ada terbaca about foreigner komen pasal resume for interview in Korea. rajin-rajin google. antaranya sini.

Bila dah penat kerja, makannya social-time memang la essential bila sampai malam-malam minggu. itu tak masuk get-together after work yang boleh berlanjutan sampai 2-3 pagi. kalau tak joined akan dipanggil tidak mesra pulak! so boleh pertimbangkan la cara kerja dan social life kat sama macam mana. so mabuk & mumbling di jalanan tu pernah la tengok tapi tak encounter directly. sebab sampai guest house pun jarang sangat tengah malam.
pesanan penaja : ce try tengok cerita miseang. pada aku drama itu kira macam menggambarkan reality how the working environment kat sana.
competition masa sekolah pun boleh tahan jugak! tengok je la time2 student nak amek exam besar like CATs. balik sekolah tengah-tengah malam itu normal. study sampai 2-3 pagi pastu esok pagi bangun pukul 5 pagi pegi sekolah itu pun normal. so that suicide rate memang la high kat korea sana! cerita bunuh diri sebab stress nak exam tu pun common! waaaaaaaayyyyyyy toooooooo competitive. bukan nak cakap competitive tu tak bagus. there's a good thing tapi kalau dah terlampau competitive sampai boleh jatuh tahap demoralized then i see people no longer enjoying their life.

part gosip-gosip gaya geng mesyuarat tingkap kak jemah tu tak penah lagi aku nampak. so no comment la.

part provokasi agama tu blom ada pengalaman jugak. diskriminasi sikit-sikit tu ada la. time dekat theme park. for safety reason untuk naik ride. kene pin betul-betul tudungnya. terutama yang pakai shawl lilit-lilit-lilit. so far encounter korean yang nak tau kenapa pakai tudung. tak panas ke pakai tudung. bagitau pakai tudung ni cantik. tu je la. kalau pegi sub-area mungkin akan jadi tumpuan. kena pandang tu pun normal. so buat biasa je. Islam ajar untuk kita berbaik sangka dengan orang kan?

so apa kesimpulannya? there's pro's n con's in everything about Korea. yang baik kita boleh jadikan panduan. yang tak berapa nak baik tu jadikan sempadan. minat boleh tapi ada batasnya. manusia dikurniakan akal untuk menilai apa yang terbaik.

like awek tu cakap:


"Betapa, syukurnya saya dipilih oleh Allah dan dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah, syukur. Syukur saya tak perlu strive gila-gila untuk hidup semata-mata untuk diterima macam orang Korea. Tak perlu jadi cantik, pandai atau kurus.
Syukur sebab dengan Islam, kita cuma perlu jadi diri kita sendiri dan cuma perlu taat perintah Allah sahaja untuk dapat syurgaNya."

byeome!


p/s: i learn that travel will brings something that i can cherish for the rest of my life. experience. memories.
“To my mind, the greatest reward and luxury of travel is to be able to experience everyday things as if for the first time, to be in a position in which almost nothing is so familiar it is taken for granted.” – Bill Bryson

18 March 2015

#EmosiHariSelasa

18:23 0 Comments
Mood : #emositerlebih
Selected track : MOJO - Dahsyat




YES! EMOSI SAYA TERLEBIH SEMALAM!

EMOSI KURANG BAIK! 

AURA -VE! 

AURA TAK SIHAT!

*hamek kau aku tulis in capital lagi*

EMOSI #1

SEBAB : Kene dengar bebelan "cik puan mem besar"

PUNCA : budak-budak lelaki ni tak reti ada kat meja masing-masing kol 9:00 pagi. lepas dia dengar budak-budak ni still ada kat cafe, lagi la panjang harakat bebelan. orang lain yang dah ada kat meja dari 8.30 pagi la yang kene dengar semua bebelan tu. bingit tau! panas hati sama!

AKIBAT : tak pasal-pasal lepas ni, nak pegi mana-mana (kecuali toilet) kene tulis buku! dekat white-board depan pintu masuk pun liat nk tulis, ni nak kene tulis buku pulak! memang hmmmmmmmmmmmmmmmm la!

IMPAK : pemantauan hari ni, semua duduk kat meja tak bergerak-gerak dari pagi~

EMOSI #2


Emosi yang ni related dengan gambar tapi tak related dengan aku. and aku tatau wajar ke aku emosi terlebih. kalau ikut dasar humanity memang wajar la kot!

just imagine ekk, rumate aku whatsapp dia muntah teruk hari ahad melarat ke isnin sampai tak larat nak pegi keje so dia EL. siap ada darah dalam muntah. ok fine.

aku suggest suh pegi klinik sbb sayangkan amek cuti rehat. kalau dh memang tak larat kan? pada aku wajar je dapat MC kot. then dia mention selasa alang-alang dah ada appointment dengan klinik kesihatan (i won't mention which one in putrajaya) so dia decided selasa punya check-up she will mention all the sickness, dizziness,  nausea to the doc and initially hopefully she will get MC for tomorrow. ok fine. end of ISNIN.

selasa. dengan kes emosi #1 tu di pagi hari dh spoiled mood aku, rumate whatsapp 11.50 pagi bagitau dia tak dapat MC and dia decide amek cuti.

WTF???? emosi aku pun mula la tak stabil gaya orang mood-swing! dia mention doktor tu senyum and cakap itu normal untuk orang yang pregnant.

OK! FINE!. aku paham bab morning sickness is NORMAL for most early pregnancy TAPI TAK SEMUA OK! TAK SEMUA! orang larat nak harung sickness, dizziness,  nausea. dengan keadaan dia 1st timer and dh berbaldi-baldi muntah ko expect dia larat ke nak masuk office lepas lunch and buat keje? korang ingat dia boleh fokus dekat kerja lepas setengah hari dok menunggu dalam klinik kerajaan?

lepas tu dengan keadaan toilet kat pejabat ni bukan dekat-dekat sebelah bilik..boleh terburai muntah sebelum sempat sampai toilet. kalo dah 2 3 4 5 6 kali muntah, ingat larat nak ulang pegi bilik air? alangkan kita yang sakit perut cirit-birit pun tak larat nak ulang bilik air, inikan pulak preggy-mommies!

memandangkan bilik kami orang ni ada koridor makanya aku cakap kalo tak tahan sangat nak muntah, muntah je kat koridor luar tu. lepas tu simbah dengan air. lantak la kan? nak buat macam mana lagi. kita kawan-kawan ni bantu la setakat mana mampu.

my point is bukannya nk highlightkn sangat early sickness tu. sebab NORMAL for most mommy-to-be that i meet menghadapainya TAPI kewajaran to-get and not-to-get MC. yang aku perasan & alami sendiri, KK memang liat nak bagi MC. fine la kalo procedure diketatkan untuk mengelak penyalahgunaan. i'm not gonna deny on that. tapi kalo dh bakal-mommy-to-be berbaldi-baldi muntah sampai lembik and tak dapat MC, then aku rasa something wrong somewhere la kan?

aku whasapp group divas (*since ada ibu-ibu) and tanya pendapat & pengalaman mereka and surprisingly ibu-ibu respond:

respond ibu #1 : "TAK BAGI. Diorang hati kaudu. Jangan tanya kaudu tu apa!"

respond ibu #2 : "Aina, diorang pukul rata je semua kes...bagi dia semua orang sama..klu orang lain boleh nape ko x boleh"

respond Aina : WTH?????

aku yang tak beranak ni tengok orang muntah pun seksa. tambah pulak yang mengadap! homai. mana pegi humanity??? sikit pun dah takde ke?

to be honest eventho i'm in the same sector, dengan pegalaman aku yang penah kene pandang atas bawah bila masuk bilik MO, pengalaman jumpa pegawai perubatan layan acuh tak acuh (refer ini), aku rela la pegi bayar kat doktor klinik swasta for a sake of getting humanity TREATMENT! TREATMENT!

Tak ada niat nak berlagak dengan duit gaji n mampu bayar klinik swasta. bukan tu niat aku. aku hanya berniat untuk mendapatkan rawatan dengan sikit SIKAP & RASA humanity. Tak hadap sangat pun MC tu. Pada aku doktor lebih tahu in what condition untuk layak dapat atau tak. kalau betul tak layak dapat MC then explained why, benda boleh bawak bincang. Bagi time-slip. habis cerita. ni kalau dah respond "tu normal la for pregnancy" evento rumate dah mention muntah 2 3 4 5 6 7 kali sampai lembik, maksudnya apa tu? normal ke muntah sampai lembik & expect dia boleh bangun pegi office lepas tu?

*aku mampu geleng kepala dengan situasi ini* sungguh unexpected *

Kesimpulan : money-talks. invest more to get something better. even its just for an attitude.

byeome!

p/s: rumate sorang lagi pegi KK hari ni due to her so-bad cough. after spending 4 hours in the KK (not mentioning which one again), she get time-slip. no MC. evento batuk sampai nak tercabut anak tekak! and she take her annual leave. see! get my point?

wajar la kan aku emosi?