Follow Me @eryna82

18 August 2011

.A.T.T.I.T.U.D.E.


mood: sick *fever*
selected track: Blue - Breath Easy

Last post March 2011. Itu pun just a test post. gambar orang jamu makan free kat office via my android phone. Terima kasih pda yang menjamu. Semoga rezeki dilimpahi rahmat Allah. Aminnn~

Ok. kembali kepada dunia nyata. tajuk post. .A.T.T.I.T.U.D.E. kenapa? here my 2cent of story. Story ke? not really. Pandangan peribadi~

Just got back from klinik kesihatan kerajaan. Actually tak sangka pon nk demam hari ni sebab tanda nk demam xde pon semalam. Sehat sejahtera je, alhamdulillah. Siap berbuka puasa kat luar ngan Mas & Atul. Balik pon ok je. Tup-tup tengah malam, i keep sneezing & hidung macam air paip~ i thought that was it & up for sahur a bit early from usual. btw my usual time for sahur was 5.15am but today i got up at 4.30am. AND my nose still ruining like river. shhhhhh... *.*

once a while, I have this low fever symptom. most of the time i just ignored it. not even take a single medicine. so i thought it was the same thing WITH additional ruining nose, but after a short nap, my nose getting more more more and more like river and my body starts to heat up. nasib baik tak sakit kepala.

so while siap2 to office, aku decided utk singgah kat klinik kerajaan sblm pegi office. sms-ing bosses + sofie in-case that i might be late or MC. reach Klinik Kesihatan Kerajaan around 7.30am & people already queued walaupun pintu klinik pon belum bukak (Operational time start at 8am). that's NORMAL. nasib baik most of the people beratur dengan sabar. it was 2nd time i'm visiting this clinic.


around 7.45am, pintu bukak. dengan sabar, beratur ambil no. (walaupun ada yang xde kesedaran sivik potong queue) & mine was #73. cari-cari tpt duduk. klinik dh makin penuh. mostly visitors are senior citizen with repeat treatment for diabetic, darah tinggi & kawan2 seangkatan~ menunggu dekat sejam hanya utk dapat no.giliran jumpa pegawai perubatan itu NORMAL ye adik-adik. tayah komplain. tisu aku dh penuh dlm beg. ruining nose mode still on.

almost 9am baru no.giliran sampai.xpe la. yang penting boleh jumpa pegawai perubatan. masuk. duduk. senario dlm bilik pegawai perubatan (pp).

PP  : sakit ape? *sambil tulis-tulis*
me : *kesat2 hidung dengan tisu* selesema, demam
PP  : sejak bile demam, selesema *cakap acuh tak acuh*
me : since pagi tadi, sahur
PP  : *amek temperature canggih tekup kat dahi aku* lagi?
me : lagi? tue je kot. *batuk sikit*
PP  : *senyap*tulis-tulis lagi*
me : *senyap*
PP  : ok. boleh ambil ubat kat luar *sambil hulur slip ubat*
me : *bangun* errrrrrr time-slip ke MC ni?
PP  : *suara naik sikit* you tak mintak pon nak time-slip or MC?
me : oh! kene mintak ke? *terkedu*
PP  : keje ape/mane? *aku dh tak dgr sgt time ni*
me : errr. government *blur*
PP  : mane?
me : government, putrajaya. *aku stresskn word "government" tue*
PP  : *pandang aku* pegi ambil ubat dulu.
me : *keluar bilik pegi kaunter ubat*blur lagi*

errrrr macam tu ke layan pesakit? attitude acuh tak acuh. baru pukul 9 lebih kot. blom petang/malam lagi. aku tatau pulak time-slip or sijil cuti sakit KENE MINTAK! ke mmg gitu gayanya, aku je yang tak tahu? *tolong bagi tau*

Sbg govt officer aku malu dengan layanan pegawai perubatan tadi. aku tak mintak pon layan mcm VIP, aku tak mintak nk demam hari ni~ and if incik.pegawai perubatan rasa aku tak layak dapat sijil cuti sakit, cakap elok-elok then bagi je time-slip. habis cerita. perlu ke sampai kene tanye balik, "saye ni layak utk cuti sakit ke dpt time-slip je?" kene mintak bagai, aku tak ketagih sijil cuti sakit la~


my 1st-time visit ke klinik kesihatan yang sama was different, kebetulan hari khamis jugak *which aku pki batik*; situasi sama, panas yang lebih tinggi, kepala pusing-pusing, air hidung menderu mcm air dlm longkang lepas hujan, menunggu nak masuk jumpa pegawai perubatan. i bet mane-mane klinik kerajaan same je~ so hadap je la. xde nk komplain bebanyak. sbb dh paham. aku puji puan.pegawai perubatan tu. aku bukak pintu, terus dia sebut nama aku. suruh aku duduk. tayah aku cakap. dia terus tanye, "demam ye? dh brape hari demam?" sambil senyum. memula aku rs mcm sarcastic sikit, sbb ingat dia senyum tu mcm nk ckp la, alah gomen officer xde lain, demam, nk mc la tu~ *ampun, sikap tu aku ada sikit-sikit*

aku pun jawab la soklan puan.pegawai perubatan, dia siap cakap, "keje putrajaya, dr semalam demam, nape tak pegi klinik?" aku pun mcm terkedu. aku just jawab "ingatkan low fever. slalu by the time smpi office or dlm t/hari dah ok. tak sangka pulak melarat-larat." Dia senyum je. The best thing is dia explain aku demam, temp demam aku brape, tekak merah sikit. Explain sume ubat yg dia tulis dlm slip, and mention "saya bagi cuti hari ni, kalau masih demam esok, datang balik. antibiotik habiskan. Pegi ambil ubat dulu, nanti datang balik ambil MC." senyum & hulur slip ubat. *sejuk hati aku kuar bilik*

Pada pandangan aku, ikut hemat pegawai perubatan kot, nk bagi time-slip ke sijil cuti sakit. bukan pesakit yg decide. ko yg diagnoss sama ada pesakit layak dapat sijil cuti sakit or boleh pegi office dengan time-slip or ko bolehkan bincang ngan pesakit hasil diagnoss ko camane, and pesakit akan bagitau sama ada mampu tak nak bekerja hari ini, or nk time-slip je, boleh kerja dengan ubat yang dibekalkan.

what i want to share is .A.T.T.I.T.U.D.E. Attitude layan pesakit. Pesakit kalo dah sakit dia banyak perangai. aku tau sume tu. mak aku pon keje in medical. ake penah je tengok camane mak aku keje, kene maki hamun ngan pesakit, penah je dpt treatment ngan pegawai perubatan kt tpt mak aku keje, hospital tu dah macam rumah kedua. Mostly pegawai perubatan yang aku jumpa, xde yang acuh tak acuh ngan pesakit. Pesakit ni kalo layan elok-elok, cakap baik-baik, orang yang tengah marah pun boleh kendur marahnya.

Awak tu pegawai perubatan kerajaan. penjawat awam. no wonder la, rakyat asek komplain itu, ini pasal perkhidmatan di hospital. aku yang keje gomen pon malu ngan attitude ko. betul, pegawai perubatan pon manusia. ada hati perasaan. hilang jugak sabar kalo asyik kene maki hamun je. aku paham sangat. tapi masa ni la nak tunjuk tahap professionalism tu. dah nama pon tugas memberi perkhidmatan kepada rakyat, gitu la gayanya. asam garam bekerja begitu la kan? no wonder trainer aku kat IKWAS pesan, balik office update FM, tulis sedia untuk kene marah dalam senarai tugas-tugas lain yang diarahkan.

Sepanjang setahun lebih keje gomen ni, kene maki hamun tak bagi salam esp dlm tipon tue NORMAL. so dh immune. tambah pulak aku punye client pon penjawat awam. mula-mula keje dulu terkejut jugak. mendidih tp belum smpi tahap nak maki balik. so bile client call aku terus maki hamun, dh menunjukkan .A.T.T.I.T.U.D.E. yang agak kurang cocok dengan skim jawatan yang disandang. kan dah malu bile aku senyap, dengar ko bebel berbakul-bakul, pastu aku kasi "Assalamualaikum, boleh saye tahu saya cakap dengan siapa ni?" baru la terkial-kial, malu-malu jawab salam. haiya.

Lesson learn : tak luak ape pon kalo kite ber .A.T.T.I.T.U.D.E. baik dengan orang lain. kan? kan? ^_^

No comments:

Post a Comment

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!