10 August 2009

.aku.dan.hak.pengguna.

10:12 2 Comments
 

mood :-sedikit keletihan-berkejaran-
selected track : SS501 Jung Min - If You Can Not feat Jisun

Minggu lepas aku terima surat cinta daripada Astro. Ingatkan bil terkini, tapi bukan. Rupanya surat pemberitahuan kenaikan charge pakej sukan Astro. Aku & Sukan? tak masuk langsung kan? aku bukan peminat setia sukan. Tengok pon kadang-kadang. Kalau ada kejohanan yang best macam badminton baru aku melekat sikit kat siaran 811.

Aku subscribe sebab my boys. Satu cara nak mengurangkan mereka melepak di kedai mamak & keluar rumah di malam hari & membuat mama risau. Nonton kat rumah kan lebih baik. lengkap dengan pakej makanan dalam fridge. Seat free & freestyle.

Tapi bukan itu cerita utama. Ceritanya tentang kenaikan RM12 pakej Supersport itu. Ramai yang bengang ngan charge kenaikan tue terutama yang subscribe kat rumah. Exclude kedai-kedai mamak ok. Aku rase diorang tak kesah pon setakat naik RM12 tue. setiap bulan untung ribu raban, takkan extra RM12 pon nak batalkan pakej sukan kan? Aku pon terkena tempias kenaikan, walaupun aku jarang tengok. Ada komen dalam surat khabar arus perdana, termasuk orang yang terlibat dalam persatuan pengguna tetang ketidakwajaran Astro menaikkan charge pakej Sukan. Musim baru EPL akan bermula, aku rasa itu antara faktor kenaikan. Plus mana ada channel lain yang offer EPL kan?