Follow Me @eryna82

10 August 2009

.aku.dan.hak.pengguna.

 

mood :-sedikit keletihan-berkejaran-
selected track : SS501 Jung Min - If You Can Not feat Jisun

Minggu lepas aku terima surat cinta daripada Astro. Ingatkan bil terkini, tapi bukan. Rupanya surat pemberitahuan kenaikan charge pakej sukan Astro. Aku & Sukan? tak masuk langsung kan? aku bukan peminat setia sukan. Tengok pon kadang-kadang. Kalau ada kejohanan yang best macam badminton baru aku melekat sikit kat siaran 811.

Aku subscribe sebab my boys. Satu cara nak mengurangkan mereka melepak di kedai mamak & keluar rumah di malam hari & membuat mama risau. Nonton kat rumah kan lebih baik. lengkap dengan pakej makanan dalam fridge. Seat free & freestyle.

Tapi bukan itu cerita utama. Ceritanya tentang kenaikan RM12 pakej Supersport itu. Ramai yang bengang ngan charge kenaikan tue terutama yang subscribe kat rumah. Exclude kedai-kedai mamak ok. Aku rase diorang tak kesah pon setakat naik RM12 tue. setiap bulan untung ribu raban, takkan extra RM12 pon nak batalkan pakej sukan kan? Aku pon terkena tempias kenaikan, walaupun aku jarang tengok. Ada komen dalam surat khabar arus perdana, termasuk orang yang terlibat dalam persatuan pengguna tetang ketidakwajaran Astro menaikkan charge pakej Sukan. Musim baru EPL akan bermula, aku rasa itu antara faktor kenaikan. Plus mana ada channel lain yang offer EPL kan?


Sebelum kenaikan == RM54++
Selepas kenaikan == RM66++.

RM12 terlalu banyak untuk aku. Tambah duit sikit boleh belanja my boys makan. Selepas berbincang dengan my boys, diorang pon tak kesah if aku unsubscribe pakej sukan itu. Mereka tidak kerap berada dirumah ketika ini. Maka dengan senang hati aku angkat telefon & hubungi bahagian khidmat pelanggan Astro yang ramah & mesra pengguna itu.

Selepas penukaran == RM49++

Pada aku ini kerja mudah. Tak perlu bising sebab harga naik. Hanya praktikkan hak kita sebagai pengguna yang bijak. Itu sahaja. Sebagai pengguna, kita berhak memilih apa yang terbaik untuk kita. Kalau kawan-kawan rasa RM12 itu membebankan, batalkan sahaja pakej sukan itu. Tukar dengan pakej lain yang lebih baik.

Bila ramai yang unsubscribe atau tak pilih pakej Sukan, aku harap pihak Astro akan menimbang semula charge kenaikan itu. Plus dengan mutu siaran yang masih terputus di kala hujan melanda. Tapi aku faham kenapa (my boy sudah explain & sudah diperdebatkan di kala hujan lebat & kami kene tutup TV). Nama pon TV Satelit. Sape-sape belajar Elektrik, more spesific tentang Gelombang, akan faham kenapa siaran Astro masih putus di kala hujan. ;)

As simple as that. Hidup pengguna yang bijak.

2 comments:

  1. senangkerr nak buang channel sport tewwww.. kena amik pakej lain kerr.. hmmm

    ReplyDelete
  2. incik_me : sport tue termasuk dalam pakej mini. sbb option pakej mini tue :-

    1. 2 pakej mini OR
    2. 1 mini + 1 sport

    maka, kalo mau buang sport, kene ganti ngan 1 channel mini. so sy tukar dengan sport dengan learning.

    harga pon dah berkurangan dari bil sebelum ini ;)

    customer service dia memang tip-top. sangat friendly.

    this is 2nd time sy tukar² channel astro. 1st time tambah channel, then now replace channel.

    (mahal la sukan tue~ lari budget~)

    ReplyDelete

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!