Follow Me @eryna82

05 November 2018

[Semi-traveler] Fly with Qatar Airways KL - London Bound

01:58 0 Comments
Mood : 😫
Selected track : Blackpink - Whistle


Bab tiket flight ni memang aku serah dekat Bahie je and bukan senang jugak pun nak pick one. Dah la paling penting yang akan menentukan gerak kerja travel trip kitorang.

As been mention on previous post [here], at the 1st place kan kitorang memang nak pegi dengan travel agent tapi sebab atas sebab-sebab yang telah dimention, maka kitorang beli tiket flight sendiri on July 2018, selepas riki puas-puas dekat SkyScanner. Itu dah kira THE best deal lah.

We choose to fly with Qatar Airways from KL to London & Amsterdam to KL (transit Doha) with £599.02/pax (approximately RM3,356.13/pax) via TravelUp.

Mahal? Kalau korang nak kata tiket flight aku mahal then YES lah!

Pada aku bab tiket flight murah ke mahal ni depends. Macam aku dah mention before kalau korang dah planning AWAL (memang sengaja boldkan!) like 6 months to a year surely dapat best deal or tiket yang lagi murah daripada aku punya.

(or sesape yang aiming for Golden Ticket ke apa kan? tweet @tonyfernandes ke? mana tau rezeki dapat tiket murah or free terus! 👀)

Aku set my return flight limit is RM4k (selepas mengambil kira tempoh antara date beli dgn date nak fly). So still in my range. No harm untuk aku.

This is why planning tu kalau lagi awal lagi lah baik! Boleh riki
  1. Beli direct dengan flight provider like Emirates / Qatar / MAS etc (to name a few) or beli via agent macam SkyScanner, Expedia etc?
  2. Direct flight or transit?
  3. Transit lay-over time / duration yang korang sanggup hadap.
  4. Lay-over siang ke malam?
Semua tu kena take into consideration sebab akan memberi kesan kepada itinerary seterusnya!

Our layover 2h+ for KL - London bound. Memang tak sempat lah nak tawaf Hamad International Airport. For Amsterdam - KL bound 5h+ layover. Both layover kami malam. So memang bermastautin dalam airport sahaja. Nanti future post kita bagi tahu lokasi nak tido dekat Hamad International Airport ✌.

Qatar Airways animinities (Dalam flower pouch ada stokin, eye cover, ear plug, lip balm)
Qatar Airways KL - Doha On-Board Meals : Dinner
(Menu boleh pilih dekat menu card. Distribute after take-off)
Kalau korang nak sambil menyelam minum air, cuba cari flight yang layover dia 7h+ dan dekat transit destination tu siang hari. Contoh macam tweet handle @amalikamarudin dia sempat pusing Dubai (on Emirates) since layover dia 9 jam. Masa kitorang beli flight ticket tak jumpa lagi tweet handle dia. So terlepas lah peluang nak pusing Doha.

Nak  cerita Qatar Airways. KL - Doha kami dapat couple seat so ok lah! Cuma in-flight entertainment console yang lama. Takde touch screen~ 😅 Doha - London bound dapat seat bertiga & last row pulak. Memang azab sikit lah bila mana iols dapat seat tengah and passenger window seat asyik nak ke toilet je~ memang nak tido pun tak berapa nyenyak lah! 😓

Qatar Airways Doha - London On-Board Meals : Snack
Qatar Airways KL - Doha Touch Screen In-Flight Entertainment
Qatar Airways Doha - London Flight Camera (Upon arrival)


Upon landing pilot bagi tahu ada camera untuk kita view. Satu from top by means nampak depan towards airport and satu lagi from bottom which boleh nampak ground like the video. (mode jakun is ON!)

Upon arrival at Heathrow, kitorang ada masalah sikit dengan signage untuk ke immigration clearance yang mana ada sign sebelah kanan untuk transit and terus untuk EU passenger. At 1st kitorang pun straight je la mengharapkan akan jumpa non-EU punya sign. Lepas tu rasa tak sedap hati. Patah balik. Rupanya lepas sign transit tu ada non-EU punya signage for immigration lane. Arrival card isi masa dalam flight. If you travel in groups just informed the staff and you will get the clearance together.

So far immigration dia ok & friendly. Tak lama macam dekat Melbourne. Plus Tak rugi pun say hello, good morning, thank you and hava a nice day kepada immigration officer. 😉

That's all for now kot. Next post pasal London ok!

(p/s : kalau korang nak tau rasa economy class Qatar Airways mcm mana, iols suggest cari dekat youtube. Banyak vblog.)

byeome!
👋👋

22 October 2018

[Semi-traveler] The ITINERARY

14:22 0 Comments
mood : 😑
selected track : 2PM - 환각 (Hallucination)


Yeah. The ITINERARY. After some soul keep asking me about it.

Did i made some promises to share it as soon as possible? 🤔🤔

As much as i remember i do mention on my FB post, it will take sometimes (or a while) for me to journal everything and patience is needed! As if i do made those promises then i'm sorry for the lateness! 😓😓

Here's GSheet for view : Europe Itinerary

Some guides already been mention on previous post!

Until next post guys. Thanks for reading my so-called blog.

byeome!
👋👋

(p/s : If you guys have trouble to click on the link, do let me know!)

05 October 2018

[Semi-traveler] Planning NEVER been easy~

23:13 0 Comments
Mood : travel-withdrawal
Selected track : GOT7 - Lullaby


Where do we begin? Planning for Europe & backpacking! 😓


Initially tiada NIAT pun untuk do self-travel apatah lagi back-pack untuk Europe sebab time constrains. PENAT. SUSAH. Work-load sumore!

Most blogger yang i hooping (after kena plan sendiri) takes 6 months to a year just for planning itself (ticket, transport, accommodation, budget, places to visit, what-to-do bla bla bla...long list).

*be prepared*

Plan asal adalah pegi ngan tour package. Sudah siap booked + bayar deposit ye Balkan tour package dkt MATTA FAIR. Ye lah deal dekat MATTA FAIR ni instead of bayar deposit RM1k baik bayar RM300 je kan. So mind-set memang prepared untuk pegi tour guide. Senang. Ikut je guide. Tayah fikir planning semua. Semuanya dah disediakan. Tinggal bayar & jalan je~

Tapi nak dijadikan cerita, agent tu terpaksa cancelkan trip sebab x cukup participant. Diorang bagi jugak option tarikh lain, tapi masalahnya tarikh yang dia bagi tu tiada yang sesuai langsung dengan timing kitorang.

😭

Dengan pemikiran "Takkan nak melangut dekat Malaysia time cuti panjang tu kan!!" maka terus je decide plan pegi sendiri lah! Since banyak jugak pamphlet kitorang kaut masa MATTA FAIR tu, so kita guna la jadi guide. So bulan Julai 2018 baru riki tiket flight! Nak fly awal September 2018. Memang mendapatlah kan! *oh tiket flight* *mahal*

😱😱

Plan asal : Paris > Madrid > Barcelona > Milan > Croatia > Bosnia > Athens + Santorini > Amsterdam

Lepas tu dia jadi : London > Paris > Madrid > Barcelona > Brussels + Bruges > Amsterdam

Sebab include London & drop Balkan region
  • Tiket flight to London from KL lagi murah dari KL to Paris
  • Tiket return domestic flight Athens - Santorini je dah 😭😭 (walaupun low season)
  • Rasa macam tak puas kalau duduk 1 negara Balkan 1 hari je. Paling tidak 2 hari. (schedule lari)
  • From London terus pegi Paris. Heathrow tu sebagai entrance je (plus dapat la cop passport)
Then we caught off-guard a bit bila mana check tiket train London to Paris on 09.09 & 10.09 H.A.B.I.S.

😵😵

So terpaksalah stay di London 2 hari dan reconstruct route. Masa ni tiket theme park Disneyland Paris pun dah mula riki date.

Lepas tu route jadi : London > Brussels + Bruges > Paris > Madrid > Barcelona > Amsterdam

Ni alternative route. Tapi bila tengok map, nak lompat dari Barcelona ke Amsterdam tu macam jauh pulak. Tak gigih la nak spend too much time dalam bus or train. Domestic flight tu kira last resort lah!

Lepas tu route jadi : London > Brussels + Bruges > Paris > Zurich + Interlaken > Prague > Berlin > Amsterdam

Ni route plan selepas baca satu tweet oleh encik @amalikamarudin yang tweet pasal his backpack trip to Europe. So berangan la taruk Swiss dalam route! Prague tu masuk lepas Bahie ulang tengok Grandpa Over Flowers 😄. Ini semuanya salah 이서진!

Memandangkan duit RM tengah murah & Swiss Franc bukannya MURAH maka kita terpaksa lupakan Zurich + Interlaken tu plus constrain schedule. 😥

Tukar lagi route jadi : London > Brussels + Bruges > Paris > Frankfurt > Munich > Prague > Berlin > Amsterdam

Kitorang decide to drop Frankfurt lepas membaca theculturetrip.com & Trip Advisor. Frankfurt more business-centric city compared to Berlin. Tak banyak tempat menarik untuk dilawati.

Finally route yang dipersetujui bersama adalah : London > Brussels + Bruges > Paris > Munich > Prague > Berlin > Amsterdam

Tak senang nak plan route sahaja. Even towards days nak fly pun we still search the places we want to visit. Dengan godaan gambar - gambar cantik bila tanya pakcik google like "Visiting Prague in September". 😅😅

Ini merupakan antara helper masa kami nk buat route planning :
  • Google Maps : dapat clear picture negara yang korang nak pegi tu sebelah-sebelah ke, route naik atas turun ke bawah ke or vice-versa ke atau carca marba~
  • RoutePerfect : Boleh tolong susun berapa hari yang sesuai untuk visit satu -satu tempat or negara. Kitorang pakai sekejap je website ni sebelum jumpa Visit A City yang lebih specific.
  • Visit A City : useful untuk plan detail & specific itinerary for the day.
  • Google Spreadsheet : useful untuk buat est budget flight, accommodation listing dsb bila mana travel partner korang sorang dkt KL (+ serata Malaysia sebab outstation / stand-by) and sorang lagi dekat Nilai (iols lah tuh 😅).

Flight ticket & Land transportation (Bus, train, domestic flight) :
  • SkyScanner : memang favorite kitorang lah untuk riki harga tiket. Who doesn't kan? ke ada yang guna kaedah lain? share ek!
  • GoEuro : will explained later on next post~

Reading guide :
  • Trip Advisor : all sort of questions will be answered when google didn't help much~

So that's all for now about making a route P.L.A.N. Maka tips yang nak dikongsikan kali ini adalah :
  • Pick and Plan your route carefully. It's not really recommended to enter and exit within the same airport especially for European country. Next post will detail out pasal transportation I'll explained why.
  • Don't be too ambitious. Trip shouldn't be draining your energy. InsyaAllah ada rezeki lain di masa akan datang ✌
  • Read, read & read. Reading tu termasuk googling dan blog-hooping ye. It will make you discover more~ trust me! (for me it's Giethoorn. Accidentally found the place after blog-hooping)
    (p/s : walaupun semua plan sendiri & "like backpacking" tapi tak semua backpacking tu murah ye!. Panggil backpack sebab tak bawak beg tarik?)

    Until next post guys. Thanks for reading my so-called blog. Hopefully dapat keep the momentum to update. 

    byeome!
    👋👋

    25 May 2018

    [Noob-Cooker] Resipi Laksa Mee Pulau Pangkoq

    01:36 0 Comments
    Mood : ✌
    Selected track : 멜로망스 - 선물
    versi kali kedua
    kali ini nak post pasal resipi laksa mee pulau pangkoq turun temurun family abah kami. Selalu kami makan sama ada mama or makcik kami masak. makcik pakcik sepupu sepapat kami yang belah utara mostly boleh masak dish ni sendiri. untuk kami, sendiri masak memang la tak pernah try nak buat.

    Laksa Mee Pulau Pangkoq = Mee + Kuah (Ikan / Ketam / Udang) + Sambal Tumis + Sayur
    😍😍😍

    Sebelum tu kami nak bagitau la pasal mee dia. kami panggil mee teow. original memang dok beli kat pulau pangkoq la. Since kami lama dh tak balik pangkoq atau tiap kali balik Gombak dapat makan, maka kami tak la simpan stok mee kering ni dekat rumah Nilai.
    Sumber : https://www.anajingga.com
    tapi bila mai tang teringin nak makan punya pasai, dan-dan tu jugak la ambik kunci kereta & sanggup drive pegi tesco. so dapat dekat tesco versi halus sikit; macam ni :
    Mee versi halus
    so kali ni kami share resipi versi yang simple. cepat. + kami yang noob bila masuk bab masak-memasak.
    😅😅
    (sukatan agak-agak la kot)
    BAHAN A - Sambal tumis
    1. Bawang besar / bawang holland
    2. Bawang merah
    3. Bawang putih
    4. Cili kering
    5. Air asam jawa / Asam keping
    6. Minyak masak
    7. Gula
    8. Garam
    Rebus dulu cili kering.
    BAHAN B - Kuah Sup
    1. Ikan kembung / Ikan Selayang / Ikan Nyot-Nyot / Ketam / Udang
    2. Bawang merah & Asam Keping
    3. Air 
    BAHAN C - Sayur
    1. Kacang Panjang
    2. Bawang Putih
    3. Bawang merah
    4. Lobak Asin
    5. Sotong
    6. Fish cake / fish ball
    7. Udang kering
    BAHAN D - Mee
    1. Sepeket mee teow
    CARA MASAK
    1. Sambal tumis - Celur cili kering. Blander cili sekali dengan bawang besar / holland, bawang putih, bawang merah. Masa blander tu letak minyak masak sikit. Bahan blander tumis dengan api perlahan sampai pecah minyak. Masuk air asam jawa / asam keping tapi kami lagi suka asam keping. gula. garam.
    2. Kuah Sup - Since kami allergy udang & ketam so kami share kuah sup ikan ja. Ikan tu rebus dulu. Air rebus ikan jangan buang. Isi ikan rebus asingkan dengan tulang. Tulang ikan blander sampai hancur. Tumis bawang merah sampai naik bau. Masukkan air rebusan ikan. Tapis tulang yang dah blander tu dalam air rebusan ikan. masukkan balik isi ikan dalam air rebusan ikan. masukkan asam keping. kami suka masam so lebih la asam keping. kalau tak mau masam sangat 1 keping cukup. tambah air. perasakan dengan garam (jika perlu). reneh sampai mendidih. tutup api.
    3. Sayur kacang - Kacang potong bulat. Rendam udang kering. Hiris bawang putih, bawang merah, lobak asin, sotong, fish ball / fish cake. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah sampai naik bau. Masuk kacang panjang, lobak asin, fish ball / fish cake, sotong & udang kering. Masak sampai air sotong keluar & sotong lembut.
    4. Mee teow - Didihkan air dalam periuk. kami suka masuk sikit olive oil dalam air mendidih. Celur mee teow dalam air panas. angkat. basuh dengan air sejuk. tapis bagi kering air.
    S.I.A.P 😋😋

    CARA MAKAN
    masuk mee teow + kuah ikan + sayur kacang + sambal dalam mangkuk. kalau nak tambah masam, boleh letak cuka sikit.

    TIPS
    Sayur kacang memang tak letak garam sebab lobak asin dah masin. Sambal tumis memang main peranan utama. Sapa terror masak sambal tumis, memang laksa mee dia akan sedap. :>
    p/s : selamat try resipi yang tak seberapa neh.

    byeome! 
    👋👋