28 February 2008

walau jarak memisah

mood: -rolleyes-
selected tracks: tiket - walau jarak memisah (right-click to save as), Colbie Caillat - realize

lagu colbie caillat tue aku dengar time nonton ghost @8tv (catch-up tv)

ada apa ngan long distance relationship? ade orang OK n ade yang tak OK ;)

aku punya pengalaman itu..tak dinafikan ader ups and downs (adat la kan?)..yang penting pada aku cara nak atasi masalah nie adalah dengan communicate and tackle with that "long distance relationship" term itu sendiri..sumenyer kene ader kerjasama & persefahaman kedua-dua belah pihak..itu sahaja

"long distance relationship" bukan alasan untuk curang, sunyi dan pelbagai alasan lagi..kalo tak mampu nk teruskan, lepaskan sahaja..lagipon skarang nie teknologi makin canggih, manfaatkan ianya sebaik mungkin dengan cara yang betul (if u'll got what i mean)..plus honesty is the best policy..once you betray it, and it's DONE!

it's weird for me lately sbb aku cite pasal relationship jer....mayb sneak peak untuk cerpen yang bersarang dalam kepala nie..sape tau :p..hehe

i need to go shopping..PERLU ok! release tekanan~~

26 February 2008

lost in translation

mood: -rolleyes-
selected tracks: khai - cinta dalam ceritera cinta feat ezad exists, mila - mila bila cinta

dah 2 hari air-cond office on-off-on-off-slow (panas + tak selesa)

dah 2 hari tido aku tak aman; letrik umah aku (1 row ok! smalam terus blackout) asyik "kering" jer time tengah malam; aku tak leh tido; panas (again~~); nyamuk banyak; cuaca panas meningkatkan pembiakan nyamuk; aku ngantuk amat; aku letih sebab asyik terjaga jer...akibatnye..aku agak lost hari nie..RoR masih belum settle~

bila baca paper arus perdana, terlalu banyak cerita pilihanraya, begitu juga dengan berita di tv, ½ jam yang pertama belum tentu habis tentang cerita pilihanraya, belum masuk lagi blog² politik yang semakin bertambah sekian hari

google reader aku akan sentiasa update ngan berita terkini senario politik malaysia

aku masih belum sebagai daftar mengundi tahun nie..tapi aku gembira kerana kawasan aku diwakili oleh Dato’ Dr. Hasan Ali, seorang motivator terkenal esp time² aku skolah dulu..hopefully beliau berjaya & membawa perubahan yang baik untuk kawasan aku.

25 February 2008

mood: -confused-
selected track: exists - buat kita (kasih seharum mawar)

aku post lagu nie sebab..aku suke..

lagu yang melambangkan pasang surut satu relationship..(itu ke yang aku tengah hadapi skang?? hehehe~~ xpe..kite layan je la yer~~)




Bagiku dalam medan cinta
Tak siapa menang atau kalah
Yang ada hanya rindu dan lara
Andainya tak siapa yang beralah

Berbalah bukanlah sengketa
Hanya rahmat Tuhan buat kita
Supaya jadi lebih mesra
Antara kita nanti tiada lagi
Jurang yang memisah

(Korus)

21 February 2008

Petanda jodoh

mood: -neutral-
selected track: Life Made Simple (TVB OST) - aku dl guna mp3zy

just nak kongsi ngan korang tentang jodoh..sebab mostly tanye aku soalan² mcm nie:
  1. bile nak kawin?
  2. dah ader special boyfriend belum?
  3. uikk adik sudah, kakak bile lagi?
jawapanku untuk soalan² tue mcm nie:
SETIAP makhluk diciptakan berpasangan dan jangan bersedih jika anda masih sendirian, belum bertemu pasangan bersesuaian.

Jika baru memulakan persahabatan dengan seseorang, tiba-tiba telefon berdering dan menerima panggilan daripada si dia, apakah itu dianggap satu kebetulan?

Dua manusia yang berasa diri mereka bagaikan ada jodoh, pasti memiliki ikatan emosi, kerohanian dan fizikal antara kedua-duanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suara, sudah dirasa getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah begitu?

Apakah petanda lainnya si dia itu jodoh kita atau sebaliknya? Barangkali petanda berikut boleh dijadikan panduan.

19 February 2008

need a break + serabut

mood: confused
selected tracks: hujan - bila aku sudah tiada

bosan + letih + mengantuk amatttt~~(jangan tanye kenape~~aku pon tatau~~)

bosan sebab coding tak jadi..demmmm~~ (perlu lebih usaha nampaknyer~~)..interface yang cikai² dah siap..tinggal nk implement dalam RoR jer..

bosan tonton berita sekarang..terlalu banyak cerita tentang pilihanraya & janji² yang belum tentu terlaksana..masih menggunakan alasan "harga minyak di malaysia masih rendah berbanding negara asia tenggara yang lain" untuk memancing undi..alasan lapuk..walhal telah bersepah dalam email kenapa harga minyak di Thai lebih mahal dari malaysia..(fikir² kan la)..ada juga yang menyebarkan sms, selepas PRU-12 harga minyak akan naik lagi..(nampaknya aku rela membeli rumah daripada memakai kereta~~)

tak tahu mane yang betul atau yang salah tentang senario politik malaysia..baca paper lagi la..semuanya tentang hentam menghentam sesama islam (mostly)..apa yang aku percaya pada akhbar hanyalah tarikh yang tertera..itu sahaja~

11 February 2008

keperluan vs kehendak + planning

mood: -eek-
selected tracks: teachers pet - cinta kita, Colbie Caillat - Bubbly, Arab & Aidit - Bila bulan berwarna biru

ape itu kehendak? ape pula keperluan? runsing memikirkan yang mana patut didahulukan? me & bab runsing² nie jarang sgt berlaku..hehehe :p



yang nyata selepas difikirkan..perlu dahulukan keperluan berbanding kehendak kan? ;)

list of my keperluan:

  • new office shoe (i want to have ½ inch platform or pump shoes this time or BOTH)
  • new baju kurung + office attire
  • need to finished measure of man..+ 6 more books to go~
  • external hd
  • susun atur semula my room~~it's time to pack unnecessary things ;)

04 February 2008

what else~~


(otw to ajai's wedding ceremony @ seremban)

mood: celaru~~

selected tracks: ungu - cinta dalam hati ("dia" suka lagu nie~~), reba mcentire - because of you feat kelly clarkson, reba mcentire - the only promise that remains feat justin timberlake

CIF in RoR framework >> in progress

dalam kepala otak aku asyik melayang g tempat lain~~tempat yang jauh~~tempat yang tak mungkin aku sampai~~aku sebenarnyer tak ske tol layan perasaan celaru-maru neh..buang tenaga..tapi sometimes kene berfikir jugak untuk masa depan sendiri~~yang penting aku kene optimistik ngan keadaan~~dengan segala kemungkinan~~

hidup tak sentiasa indah + cerah kan?? hidup perlu bersedia menghadapi risiko~~risiko ditolak selepas berterus terang~~risiko menerima sesuatu yang tak pasti~~dan pelbagai risiko yang lain~~itulah kehidupan~~

(pebende la yang aku merepek² nie~~sesungguhnya kepala aku dah weng² )