31 August 2007

kisah satu kemerdekaan



mood: merdeka :D
selected track: tribute to ella album - standing in the eyes of the world :$

listen:



watch:



why i choose "Standing in the eyes of the world" as my merdeka theme song? hayati bait² lirik lagu ini & this song motivate myself and hopefully yours. moga² satu hari nanti kita boleh jadi sesorang yang Malaysia banggakan :D

ayat biasa untuk semua orang - "Apa erti kemerdekaan bagi diri anda?"


bebaru nie aku ader tgk MHI (sambil² bersiap nak pegi office)..Ally Iskandar ader sebut merdeka ertinya bebas dari penjajahan. kalau dulu penjajahan dikaitkan dengan penguasaan dan penaklukkan komunis, british dll tp kini penjajahan terbit dalam bentuk penjajahan minda.



Kemerdekaan masa kini boleh la diuraikan sebagai keupayaan kita untuk menafsir segala ilmu dan teknologi yang datang kepada kita dengan menimbangtara yang mana satu wajar dipraktik dan dikembangkan dan ilmu mana yang hanya layak dilempar jauh². :D. bagi aku, tak semua ilmu yang ada pada masa sekarang nie boleh digunakan, mungkin ada diantaranya merupakan anasir halus yang akan merosakkan akidah dan minda. maka tugas kita sebagai manusia yang berilmu dan berakal adalah mempertimbangkan segala apa yang masuk ke dalam minda kita kerana hanya kita sahaja yang mampu melakukannya. :D

rutin setiap tahun, kemerdekaan akan diraikan menjelang detik 12.00 t/malam dalam pelbagai bentuk (acara wajib: percikkan bunga api :$). bagi aku, walaupun dengan hanya menonton tv dirumah, kemerdekaan perlu disambut dengan penuh penghayatan tambahan pula tahun ini (2007) genap Malaysia merdeka kali ke-50. bukan dengan secara berpesta, berlari² dan memekik seperti manusia yang tak bertamadun. wake-up people!!!

aku masih ingat, tahun '97 aku & adik² berpeluang duduk di tepi dataran merdeka menyaksikan perbarisan kemerdekaan. alangkah bangganya rasa ketika itu walaupun terpaksa bangun seawal pagi dan menaiki bas intrakota yang pertama bersama mama dan adik². sungguh bersemangat :D

tapi itu dulu. kini aku lebih selesa dan selamat menyambut kemerdekaan di hadapan kaca tv. kenape? jawapannya mudah. keadaan tempat terbuka di kuala lumpur kini sudah tidak selamat untuk sesiapa pun hatta untuk warga KL sendiri. kemerdekaan malaysia dirai oleh warga PATI (anda tahu anda siapa :x) yang berlagak seperti warganegara. tak percaya? tunggu sahaja liputan berita esok. berapa banyak kes pergaduhan yang direkodkan dan berapa orang yang akan masuk hospital, kesan daripada pergaduhan. sudah merdekakah namanya itu? :x itu belum masuk mentaliti manusia yang suka membuang sampah merata-rata tempat walhal tong sampah dah pon disediakan? dan pelbagai lagi mentaliti manusia yang bertamadun dan maju teknologi perlu diperbaiki. senario kini semakin maju malaysia, semakin mundur tahap ketamadunan mereka.. :X

hayati semua lagu negaraku dan lagu patriotik yang dinyanyikan. jangan hanya menyanyi :D

jangan lupa tonton filem 1957 - Hati Malaya..semoga aku + kamu memperolehi sesuatu daripadanya & memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya :D



end up: Malaysia, Salam Kemerdekaan yang ke-50. Semoga Malaysia terus maju, terus gemilang dan berada didalam lindungan serta rahmat Allah. semoga manusia yang menghuni malaysia lebih bertamadun dan realistik terhadap kehidupan.

No comments:

Post a Comment

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!