03 October 2007

1

perihal kad raye

Mood: biasa aja :p ~~incik lapanpuluhdua (bukan nama sebenar) asyik tanye nape mood aku asyik sedih + sakit jer :p
Selected track: m.nasir - satu hari di hari raya

Aidilfitri tinggal ± 9 hari lagi..

Soalan: Berapa banyak kad raye (actual card tau, bukan virtual) yang anda collect pada tahun nie??
Jawapan: tahun nie saya baru terima satu virtual kad raye from kak mas :k (thanks akak)

shambie memberi cadangan (cadangan asal daripada Miss SueAnnaJoe) supaya budaya bertukar & mengirim kad raya secara pos diaktifkan semula. pendapat anda bagaimana??

saya tahu dengan zaman teknologi yang canggih nie, ramai yang pilih untuk hantar kad raya secara virtual (email, e-card, sms)..tapi feelnya tidak sama dengan mendapat kad raya yang benar² kad raya :D

dulu..time skolah², bila tiba hari raya (echeeehhh mcm lagu plak~~) sibuk + exited + kumpul duit belanja untuk g beli kad raye yang pelbagai saiz, warna dan bentuk..dan pos kepada penerima :D..menambah kenikmatan menyambut raye apabila posmen datang ke rumah menghantar kad raya..sungguh excited sampai berlumba-lumba dengan adik siapa yang lebih banyak menerima kiriman kad raya :D


skarang..hanya perlu pilih kad² raya yang disediakan di website..atau paling kurang hanya forward msg2 raya yang diperoleh daripada kawan² yang lain..

mudahnya teknologi :)

dikesempatan ini, dengan menggunakan teknologi yang ada, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang tak disengajakan. untuk mengirim actual kad raya mungkin tak sempat..atau yang menerima kiriman kad raya saya, akan terima kad raya selepas raya :p

mungkin raya tahun hadapan saya berpeluang menghantar lebih kad raya sebagai tanda ingatan kepada kawan²

semoga bergembira di aidilfitri tahun ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Soalan: Berapa banyak kad raye (actual card tau, bukan virtual) yang anda collect pada tahun nie??

    Jawapan: Langsung takder (termasuklah yg virtual,sms,kad raya betul toksah citer la...).kenapa takder?sebab malas nak bagi,heheh.....

    Pendapat?
    elok jugak tradisi hantar kad raya yg betul nih dihidupkan balik, bukan niat nak hantar tu tidak ada,cuma proses nak hantar yg leceh (kena beli setem,cari peti surat).Pernah dulu terjadi bilamana kad raya dah ready tapi masih tersimpan kat rumah sebab takder masa nak pos,akhirnya bagi "by-hand" je,itupun waktu raya haji.

    dikesempatan ini juga orang di sini meminta ampun dan maaf jika adanya kesalahan yang tidak disengajakan, semoga tahun ini aidilfitri lebih baik dari tahun yg sebelumnya(definisi lebih baik terpulang/bergantung kpd individu)

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
    MAAF ZAHIR DAN BATIN
    -SHAM-

    ps->huh,akhirnya ok jugak mood tu,tapi...berapa lama perlu ditunggu untuk tukar balik mood tu jadi ceria?harap2 lepas aidilfitri lah ye....

    ReplyDelete

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!