mood: separa mengantuk
selected tracks: Daughtry - No Surprise, SS501 - Because I'm Stupid
Yerp sepatutnyer i'm excited to blog about my trip to Langkawi, tetapi dek kerana kekangan kerja + planning untuk reunion sedang berjalan dalam fikiran, post ini akan diupadate dari semasa ke semasa.
plus gambar masih belum diperolehi sepenuhnya dari
shambie &
sepia
Ulasan Ringkas
Cuti hari buruh + weekends dihabeskan dengan rakan2 UTM di Pulau Langkawi. Planning sudah dilakukan sejak March dan
Cek Bahie bersedia menjadi juru acara program.
This is my 2nd time to Langkawi. Ala 1st time dulu ngan dak2 kelas QC FSKSM, ikut lawatan ke Airod (tempat buat komponen sayap kapal terbang MAS) & Atma Alam, Langkawi.
Cukup tentang lawatan pertama.
Lawatan kedua nie package-based. Oleh kerana lawatan pertama lebih kepada tujuan belajar, maka lawatan kedua lebih kepada have fun with the girls, selepas
trip punggai bayu dulu. Actually rancangan asal mahu ke
Bali, Indonesia tapi beberapa kekangan timbul (minyak naik + not ready enuff for oversea trip), maka Langkawi jadi pilihan :p