Follow Me @eryna82

04 January 2010

kick start


mood: sedikit sakit :x
selected track : Brian Joo - My Girl feat Supreme Team

hari nie dah hari ke-4 tahun 2009..ehhh 2010.. (awal² nie biasa sangat lupa tahun baru~ hahaha) Selamat Tahun Baru kawan². Tahun baru biasanya orang isi dgn azam baru. Alhamdulillah, bagus tue, meletakkan matlamat jangka panjang.

For myself, nak kate x letak matlamat tue x la.. hidup mesti bermatlamat, bertujuan, baru hidup kita ada arah. cuma x letak matlamat jangka panjang + byk matlamat dlm 1 masa. Letak 1 matlamat jangka pendek, laksanakan dlm tempoh yg ditetapkan & create matlamat baru. InsyaAllah. Matlamat secara umum boleh la baca kat sini.

Ok! cukup tentang matlamat. Skang dah masuk tahun baru. so bagaimana hari ke-4 anda? Ok? tak ok? ceria? tak ceria?


some of my friends quite 'unlucky' to kick start this year.. esp my dearie shambie. Kereta yg dipandu adik beliau accident. quite bad. kereta baru jugak tue. Alhamdulillah adiknya tak cedera. Kereta boleh ganti walaupun tak sama mcm dulu, nyawa takde spare. So kawan² yang lain, hati-hati memandu ok. Me too! hehehe~

permulaan tahun baru aku juga x berapa menarik. diserang demam selesema di malam tahun baru. asalnya hanya selesema tahap banjir. x layan! tp bangun esok pagi, badan dh mula panas. benci demam! benci ubat! tp sbb x mahu melarat, telan jugak ubat selesema + paracetamol. hari ke-2 di tahun baru hanya baring + sangat mengantuk (penangan ubat selesema)!

Hajat dihati nak ikut mama + abah pegi kenduri di Kepong, jiran lama di Berek Polis Damansara dulu. dh siap gosok baju bagai tp harammmm x pegi sbb badan x larat. tuan rumah kenduri nie, serius x ingat yg mana. so ingat kalo pegi boleh la jumpa kawan² berek lame..puas mama recap rumah tingkat berapa, rupa makcik tue macam mana, cerita yg aku slalu makan nasi rumah makcik tue, anak dia berlakon tv bagai..satu haram aku x ingat. dah 20 tahun aku tinggalkan berek polis tue. kawan² aku kat berek dulu, aku ingat 2-3 kerat je... :D

pastu ayahli datang, tengok aku terjelepek atas sofa..kalo ikut planning mama, aku kene bawak mama pegi putrajaya, jumpa pakcik sepupu mama, sakit tenat di rumah anaknya. aku xde hal bab itu. tapi dh demam, mama pun nak pegi ngan ayahli je. setelah bincang semula, ayahli suruh aku ikut pegi sekali sbb aku x pernah kenal tok sepupu aku yg sakit nie. kira pegi kenal keluarga la. so dlm x larat (nasib baik x sakit kepala!), aku pegi jugak. bekalan ubat + air sume cukup lengkap. dalam mamai, aku guide ayahli pegi putrajaya.

keadaan tok sepupu == tok ngah aku sangat tenat di hospital putrajaya. Kami semua berdoa yg terbaik walaupun doktor telah memberi kata dua kepada keluarga beliau. Menurut mama + ayahli, jangka hayat tok ngah xlama. menjelang petang makin ramai saudara-mara datang melawat. aku hanya sandar di dinding bercermin melihat betapa sakitnya beliau. Mama suruh aku pulang awal dengan mok, tapi aku masih mahu tunggu. Menjelang malam, aku dh x daya nk berdiri. Akhirnya aku pulang ngan angah dengan Pakcik Li, sepupu mama. Hujan sangat lebat di Putrajaya.

Sampai di rumah, aku terus baring. Minta ayen ambilkan sweater. Badan makin panas. Kebetulan Pakcik Hashim & keluarga singgah di rumah untuk tukar kereta dengan abah. Aku hanya baring. Abah keluar, jemput Pak Tam. Pak Tam sampai, aku beralih tempat dari sofa ke station aku ;) (baring dekat meja dekat laptop~).. pastu aku terus hanyut, tido. Tau² angah kejut suh makan sikit sebelum makan ubat. Makan laksa semangkuk sementara tunggu mama pulang dari hospital. Makan ubat & naik ke bilik, tido. Tido dalam keadaan badan makin panas, tp sbb telan ubat selesema, membantu utk tido.

Hari ahad, demam masih belum kebah. malah ditambah ngan batuk berkahak pulak. kalau dah batuk tue, peluang untuk semput sangat tinggi. skip makan ubat seharian. mama masak nasi kerabu. makan pun macam xde rasa. pahit je. bile masuk bilik air, habis air kencing bau ubat. benci! petang sket suh ayen beli bubur mcd. sebab lapar, telan je walaupun dah masuk lada putih ngan kicap masih. langsung tak rasa pae. malam sambung makan nasi kerabu. skip ubat lagi. malas! batuk makin melarat. (ye! saye degil & susah makan ubat!)

hajat hati hari nie nak mc, memandangkan 2nd boss yg slalu in-charge bab payment cuti pegi umrah, so aku kene take over kejap. awal bulan banyak bende nak kene selesaikan, bayar bil, payment, call untuk collect cek, follow up ngan pelbagai pihak etc. folder tahun 2010 tak update lagi. dh x larat. esok je la sambung. bil & payment mane perlu dah settle hari nie. esok banyak wat follow up je.

cuma aku bersyukur sebab kepala x sakit. cuma panas badan, hidung berair, batuk. chest pain ada kejap². ingat nak pegi clinik, sedut segala kahak yg ada dlm paru-paru nie. tengok macam mana. selagi mampu bertahan, tahan je la.

not a good start kan? awal² tahun & bulan sakit. tp kate orang sakit tue kifarah Allah utk hambaNya. aku terima sakit nie dengan hati terbuka. Mungkin ini satu langkah permulaan untuk matlamat yang aku dh letakkan. InsyaAllah. Amin. Semoga aku cepat sembuh, dan sakit tak melarat.

so kawan² semua macam mane? harapnya semuanya berjalan dengan baik & baik-baik belaka. :D

(p/s: tika & saat ini pun, batuk & selesema masih belum pulih. langsung xde deria rasa~)

2 comments:

  1. get well soon aina.hdpi kesakitan dgn sabar x redha.sakit tu penghapus dosa.i bermula thn bru 2010 ni dgn smgt utk melaksakan perubahan ke arah yg lbh baik.Cuma nk konsisten je. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. thanks sis :s

    alhamdulillah, demam dah kebah. batuk je. slalu ingat sakit tue penghapus dosa-dosa kecil. semoga Allah terus ampunkan dosa-dosa saya~

    kalo ikutkan memang bersemangat untuk tahun baru ni, bile sakit motivasi menurun sikit.

    kene kekalkan motivasi dalam kepala, supaya tak loose track~ InsyaAllah.

    Fighting!

    ReplyDelete

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!