03 April 2009

it's called a break-up

mood: -full of thoughts of many thing-
selected tracks: SNSD - Gee, Amanda Imani - Selamilah Cinta

because it's broken; book by Greg Behrendt & Amiira Ruotola-Behrendt :)

secara nyata+jujurnya buku dah ada dalam collection TAPI belum sempat nak baca..hakhakhak

tapi tujuan posting nie bukannya nk review buku itu (lom baca lagi, camane nak review? :p)

posting nie nak share pendapat pasal break-up itu sendiri. pendapat & sharing experiences para blogger sangat² dialu-alukan ok!

berdasarkan pengalaman sendiri & pengamatan sekeliling, break-up nie boleh jadi dalam pelbagai bentuk. ada yang baik and ada yang buruk. the most important thing is how we end it. if diselesaikan secara baik, maka outcome akan jadi baik dan begitulah sebaliknya. Ada orang lebih selesa & baik dengan hanya berkawan instead be in the relationship itself.


punca break-up? mostly akan cakap dah tak serasi/ takde jodoh..so cliche? yeah...tapi memang tue jadi reason umum yang mostly orang akan terima terus alasan itu tanpa banyak soal. wat ape continue kalo dah tak serasi kan?

faktor & alasan lain?
  1. Family esp parents tak approved/kurang berkenan - nie parents punya instinct (esp mom's). Semua parents (even close family members) nak yang terbaik untuk anak²+family, so by considering their thoughts (and blessing as well) will save our life; insyaallah. Hidup akan lebih aman + bahagia dengan restu mak ayah. If they don't approved, tak salah kan kalau kita bertanya dengan baik "kenapa tak setuju" untuk mendapat jawapan yang lebih pasti? Tak perlu bangkang, tunjuk protes, lari dari rumah & membelakangkan mereka. We are here because of them. Timbang pro's & con's, minta petunjuk daripadaNYA. Allah tak pernah menghampakan.
  2. Bad relationships - nie memang sah² kene break-up if dah dapat tanda² awal. no doubt. kalo belum kawen dah kikis², pukul², tampar², jerit² depan orang ramai, ape tah lagi dah kawen. Lagi la boleh takes things for granted (applies to all ok!). It's not worth to be someone yang dah mula take charge you life insteed of yourself.
  3. Curang - awal² mungkin tak nampak/ takde langsung (normal la baru²)..tapi bile cinta sudah tiada, maka mudah untuk berpaling arah. Wujud kekasih gelap. Nak jadikan alasan tak mahu nampak buruk, mula menuding jari ke arah orang lain/pasangan, serba serbi tak kena, create macam² alasan. Once bitten twice shy ok! Kebarangkalian untuk ulang tayang cerekarama curang nie sangat besar. Kalau dah tak mahu, tak perlu teruskan. Tak payah susah² tanggung derita sensara.
  4. Sakit kronik, nak mati - jangan tak percaya..ada orang guna alasan nie untuk break-up! kononnyer² tinggal berapa bulan lagi sisa-sisa hayat, tak mahu menyusahkan apa bagai (memang drama betul)..padahal sehat walafiat je ( nama pun alasan kan? :p ). Orang kate, bab-bab sakit/mati nie tak boleh buat main²..nanti jadi betul². Ntah la. Kalau betul cinta dan terima seadanya, mesti rela tanggung susah senang bersama, terima segala ketidaksempurnaan bersama termasuk la sakit pening. Kan?
  5. Tak jujur - tak tertumpu pada perbuatan/perilaku sahaja tapi pada percakapan, pendapat & cara berfikir. Trash talk, trash, dirty thoughts. Perbualan/pendapat yang double meaning, lucah, kurang sopan, should not been said. tau je la bile dah naik angin, macam² perkataan yang tak baik akan keluar. same goes to pendapat & pemikiran. kalau asyik bagi pendapat yang blaming & berfikiran -ve memanjang, takde encouragement langsung, is that worth to be with?
  6. Long distance - lack of attentions, sibuk ngan keje/study akan jadi alasan untuk break-up bila dah jauh. tapi bab ni depends on the couple itself. ada yang boleh survive sampai kahwin. for me it's not a big deal as long as kita tau camane nak handle long distance. yang tatau nak handle tue yang akan ada masalah. contribute to curang & kekasih gelap.
kalau nak diikutkan macam² faktor & alasan lagi boleh contribute to break-up. Apapun alasan/punca, kita kene ingat sebanyak mana pun kita cinta dan sayang orang itu, Allah lagi sayang dan cinta pada hambanya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kan Allah dah janji, setiap ujian yang berlaku dalam hidup ada hikmahnya dan Allah tahu hambanya mampu tanggung setiap ujian yang diberikan.

So see the break-up in positive way. Break-up means kita dah eliminate one wrong thing/decision and getting closer to the right one. Break-up is heart-broken; heart-broken can be heal when we meet the right one! Break-up is another way to prepare & learn about ourself before meet the right one!

Just hang on, stay tough & believe. Jangan lupa berdoa ok! Enjoy your weekend :)

2 comments:

  1. ajal-maut, jodoh-pertemuan semua nyer ketentuan Ilahi..

    Bertemu dan berpisah kerana Nya..

    ReplyDelete
  2. itu hakikat kehidupan yang kadang-kadang kita sebagai manusia nie alpa dan terlepas pandang :)

    ReplyDelete

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!