20 September 2009

Perutusan Aidilfitri 1430H


mood: -raya-raya-raya-
selected track: M. Nasir - Salam Dunia

Assalamualaikum,

Dikesempatan dengan tibanya bulan Syawal yang mulia nie, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan & kesilapan sama ada dari segi perbuatan, perbualan dan tulisan yang menyinggung kawan-kawan semua. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu datang daripada kesilapan & kekhilafan saya sendiri.

Tahun ni beraya di Sri Gombak. Walaupun bukan di kampung, rumah ni tetap meriah dengan kunjungan sanak saudara. Kalau ada peluang, ada rakaman video raya di Sri Gombak..hehehe ;)


Rumah terbuka? Selalunya buat minggu kedua/ketiga raya, tapi tahun ni ubah jadual. Rumah Terbuka tahun ni akan dibuat pada Hari Raya Pertama. Kawan-kawan semua dijemput hadir.

Raya ketiga pulang sebentar ke Perak.

Akhir kata,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kawan-kawan. Semoga raya tahun ni membawa lebih banyak keberkatan dan makna.

Lot's of ♥,
-Aina-

2 comments:

  1. Selamat hari raye aina, maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya k.ainul & family

    maaf zahir batin juga ;)

    ReplyDelete

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!