25 May 2018

[Noob-Cooker] Resipi Laksa Mee Pulau Pangkoq

Mood : B-)
Selected track : 멜로망스 - 선물


Self made Laksa Mee Pulau Pangkoq : Cubaan kedua
/hihi

kali ini nak post pasal resipi laksa mee pulau pangkoq turun temurun family abah kami. selalu kami makan sama ada mama or makcik kami masak. makcik pakcik sepupu sepapat kami yang belah utara mostly boleh masak dish ni sendiri. untuk kami, sendiri masak memang la tak pernah try nak buat.

Laksa Mee Pulau Pangkoq = Mee + Kuah (Ikan / Ketam / Udang) + Sambal Tumis + Sayur

8-> 8-> 8->

Sebelum tu kami nak bagitau la pasal mee dia. kami panggil mee teow. original memang dok beli kat pulau pangkoq la. Since kami lama dh tak balik pangkoq atau tiap kali balik Gombak dapat makan, maka kami tak la simpan stok mee kering ni dekat rumah Nilai.
Sumber : https://www.anajingga.com
tapi bila mai tang teringin nak makan punya pasai, dan-dan tu jugak la ambik kunci kereta & sanggup drive pegi tesco. so dapat dekat tesco versi halus sikit; macam ni :
Mee versi halus
so kali ni kami share resipi versi yang simple. cepat. + kami yang noob bila masuk bab masak-memasak.
/sweat
(sukatan agak-agak la kot)
BAHAN A - Sambal tumis
1. Bawang besar / bawang holland
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Cili kering
5. Air asam jawa / Asam keping
6. Minyak masak
7. Gula
8. Garam
Rebus dulu cili kering.
BAHAN B - Kuah Sup
1. Ikan kembung / Ikan Selayang / Ikan Nyot-Nyot / Ketam / Udang
2. Bawang merah & Asam Keping
3. Air 
BAHAN C - Sayur
1. Kacang Panjang
2. Bawang Putih
3. Bawang merah
4. Lobak Asin
5. Sotong
6. Fish cake / fish ball
7. Udang kering
BAHAN D - Mee
1. Sepeket mee teow
CARA MASAK
  1. Sambal tumis - Celur cili kering. Blander cili sekali dengan bawang besar / holland, bawang putih, bawang merah. Masa blander tu letak minyak masak sikit. Bahan blander tumis dengan api perlahan sampai pecah minyak. Masuk air asam jawa / asam keping tapi kami lagi suka asam keping. gula. garam.
  2. Kuah Sup - Since kami allergy udang & ketam so kami share kuah sup ikan ja. Ikan tu rebus dulu. Air rebus ikan jangan buang. Isi ikan rebus asingkan dengan tulang. Tulang ikan blander sampai hancur. Tumis bawang merah sampai naik bau. Masukkan air rebusan ikan. Tapis tulang yang dah blander tu dalam air rebusan ikan. masukkan balik isi ikan dalam air rebusan ikan. masukkan asam keping. kami suka masam so lebih la asam keping. kalau tak mau masam sangat 1 keping cukup. tambah air. perasakan dengan garam (jika perlu). reneh sampai mendidih. tutup api.
  3. Sayur kacang - Kacang potong bulat. Rendam udang kering. Hiris bawang putih, bawang merah, lobak asin, sotong, fish ball / fish cake. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah sampai naik bau. Masuk kacang panjang, lobak asin, fish ball / fish cake, sotong & udang kering. Masak sampai air sotong keluar & sotong lembut.
  4. Mee teow - Didihkan air dalam periuk. kami suka masuk sikit olive oil dalam air mendidih. Celur mee teow dalam air panas. angkat. basuh dengan air sejuk. tapis bagi kering air.
S.I.A.P :-b :-b

CARA MAKAN
masuk mee teow + kuah ikan + sayur kacang + sambal dalam mangkuk. kalau nak tambah masam, boleh letak cuka sikit.

TIPS
Sayur kacang memang tak letak garam sebab lobak asin dah masin. Sambal tumis memang main peranan utama. Sapa terror masak sambal tumis, memang laksa mee dia akan sedap. :>
p/s : selamat try resipi yang tak seberapa neh.

byeome! 
/bye

No comments:

Post a Comment

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!