Follow Me @eryna82

26 January 2019

Surviving skill(s)

Mood : 😎
Selected track : Ha Jin - We All Lie (Sky Castle OST)
[pausing semi-traveler entry(ies)] πŸ™πŸ™

*mood nak tulis dah hilang*

In 3 weeks time its gonna be 4th year i live on my own. Bila duduk sendiri ni banyak hal-hal perlu difikirkan sendiri untuk kali pertama. Ilmu survival memang kene tahap tinggi. Nak handle panik lagi!

Sebelum pindah survival skill untuk kali pertama adalah untuk :
- pilih & beli kipas, lampu dekat Jalan Pudu
- pilih, tempah & tunggu orang pasang railing langsir
- pilih & tempah kain langsir
- pilih kitchen cabinet & uruskan contractor
- pilih grill, tinted cermin

dan banyak lagi lah! fuh! fuh! πŸ˜“πŸ˜“

Bila dah pindah bertambah banyaklah hal-hal yang perlu dicari solution sendiri selain bayar bil & masak everyday (which is i masak ikut mood!) πŸ˜„πŸ˜„

Antaranya :
- tiba-tiba demam tinggi tengah malam (rupanya tonsil bengkak)
- sayur dalam fridge cepat layu & busuk (mood masak ke laut!)
- beras masuk dek bubuk (mood masak ke laut!)

dan macam-macam pengalaman lagi~ πŸ˜†πŸ˜†


Nak dijadikan cerita 2 hari lepas masa tengah basuh pinggan tetiba lantai dapur banjir. Panik! Blank dua-tiga-kejap!


(Tak pernah sejak pindah rumah dapur banjir!!)

Dah la malam! Time ni lah nak clogging!

Melilau lah cari kain lap dulu lantai sementara nak tunggu air turun (sangat slow), berdiri tepi sinki 15 minit! sambil fikir apa ni! apa ni! apa ni!

Lepas bukak penutup floor trap tu baru lah nampak saluran air tu dah makin mengecik! Segala lemak tepu, minyak tepu, rambut dah terkumpul dekat situ. bau toksah cakap lah!

Terus basuh tangan dalam sinki bilik air and menerpa dekat laptop!

Skill survival yang pertama dan paling penting adalah GOOGLE! Cara Baiki Floor Trap Tersumbat.

Nah! Google tak pernah menghampakan!



Terus geledah dapur. Nasib baik simpan cuka dengan soda bicarbonate. Terus buat seperti mana akak tu ajar. Soda bicarbonate, cuka & air panas!

Masalah selesai lah sikit tapi still air tak pegi dengan laju!

Malam tadi singgah AEON Nilai yang baru bukak tu (jalan-jalan cuci mata) kita beli lah alatan lain seperti hanger besi dekat kedai ECO2. Ingat nak beli pam sinki dekat Mr.DIY tapi rupanya dekat AEON Nilai xde Mr.DIY πŸ˜•πŸ˜• Tapau sushi for dinner!

Tips : kalau nak beli hanger besi beli yang boleh lembut sikit. Bukan yang macam ni!
Jangan beli yang macam ni!
Singgah Giant beli cuka 1 botol lagi, soda bicarbonate 2 botol, pencuci pinggan sunlight! Ingatkan sempat nak masuk Mr.DIY tapi hamek queue dekat nak bayar boleh tahan panjang jugaklah. Last-last tak sempat beli pam sinki.

Balik rumah dah letih. Lepas makan sushi terus terlelap! So pagi ni (tak la pagi sangat), kita operasi balik floor trap tu. Kali ni guna Sunlight dengan air panas je. Lepas 15 minit try lah tenyeh2 lemak-lemak tu dengan hanger. Tapi tak berapa nak pegi jugak air.

Last-last balut tangan dengan beg plastik, aku seluk je. Nah kau. Lemak tepu punya lah tebal. 4-5 ketul jugak lah lemak aku kaut bawak keluar masuk dlm plastik bag. Baru lah nampak rupa sikit lubang air yang nak ke sewage tank tu.

*kaler lemak + minyak tepu tu kaler oren* bau toksah cakaplah *

Oleh sebab lubang air tu ke sewage tank L shape, so hanger besi (beli yang tebal) tu tak berapa boleh nak pegi. terpaksa lagi lah seluk dengan tangan dalam lubang tu sampai dekat bahu jugak lah!

Akhirnya agak berjayalah repair floor trap tersumbat dengan alatan yang ada~ walaupun tak la confident sgt air dari sinki dapur tu pegi sewage tank dengan elok~

So kepada anda-anda yang rajin memasak & mencuci segala minyak dari kuali dekat sinki dapur maka kene lah rajin-rajin check floor trap tu jugak. Jangan sampai lemak tepu, minyak tepu dah tebal baru nak repair. At least sebulan sekali cuci lah floor trap tu!

Tambah lagi satu survival skill. At least tayah bayar plumber atau IWK! wehehehe! jimat!

*byeome*
πŸ‘‹πŸ‘‹

No comments:

Post a Comment

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!