21 February 2008

4

Petanda jodoh

mood: -neutral-
selected track: Life Made Simple (TVB OST) - aku dl guna mp3zy

just nak kongsi ngan korang tentang jodoh..sebab mostly tanye aku soalan² mcm nie:
  1. bile nak kawin?
  2. dah ader special boyfriend belum?
  3. uikk adik sudah, kakak bile lagi?
jawapanku untuk soalan² tue mcm nie:
SETIAP makhluk diciptakan berpasangan dan jangan bersedih jika anda masih sendirian, belum bertemu pasangan bersesuaian.

Jika baru memulakan persahabatan dengan seseorang, tiba-tiba telefon berdering dan menerima panggilan daripada si dia, apakah itu dianggap satu kebetulan?

Dua manusia yang berasa diri mereka bagaikan ada jodoh, pasti memiliki ikatan emosi, kerohanian dan fizikal antara kedua-duanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suara, sudah dirasa getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah begitu?

Apakah petanda lainnya si dia itu jodoh kita atau sebaliknya? Barangkali petanda berikut boleh dijadikan panduan.


- Rahsia sepasang kekasih memiliki usia hubungan yang panjang adalah adanya sikap saling bekerjasama. Anda dan dia selalu dapat saling membantu dalam urusan remeh atau besar.

Paling penting adalah anda berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan bersama-sama. Semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa membabitkan orang lain. Adakah ia berlaku pada diri anda?

Jika ya, selamat kerana ada harapan si dia calon pendamping hidup anda.

- Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba perhatikan gerak-gerinya, cara berpakaian, gaya rambut, cara berbicara serta tawanya. Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh anda.

- Adanya deria batiniah seolah dapat dibaca oleh si dia? Apabila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain pada situasi tertentu, mungkin dialah kebahagiaan yang dicari.

- Bersamanya dapat membuatkan perasaan menjadi tenang, selesa dan tanpa rasa tekanan yang membebankan. Berjam-jam bersamanya malah setiap waktu dan setiap hari langsung tidak mencetus rasa bosan, itulah petanda anda berdua kelak akan saling terikat.

- Dia sering di sisi dalam apa saja situasi. Dia juga sering memahami suka duka yang anda alami. Percayalah, pasangan yang mempunyai jodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut dan suka duka saat bersama.

Ingat kembali, adakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi anda terganggu? Dia tahu keadaannya waktu anda sakit? Jika ya, tidak salah lagi, dialah orangnya.

- Dia tidak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, juga tidak peduli masa lalu anda bersama kekasih terdahulu. Dia juga tidak malu-malu menceritakan masa lalunya. Nah, jika begitu ini bererti dia sudah siap menerima anda seadanya.

- Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan anda tidak malu memperlihatkannya pada si dia. Si dia pula tidak segan menceritakan kelemahan dan kekurangannya pada anda. Anda dan si dia barangkali memang ditakdirkan untuk bersama.

[sumber: harian metro]
sape yang xnk companion kan?? saye tak risau langsung tentang hal itu kerana saya tahu masa itu akan tiba juga suatu hari nanti..lambat atau cepat bukan urusan saye..semuanya dah tersurat..ALLAH dah tentukan semuanya..semua yang terbaik untuk hambanya..

saye rase saye sudah jumpa "dia"..cuma skarang nie biar masa pulak yang tentukan semuanya dan saya hanya perlu terus berdoa supaya "dia" adalah orang yang terbaik & tepat untuk saya..if "dia" bukan jodoh saya, saya terima.. ..terima semua ketentuan yang telah ditetapkan untuk saya & "dia"

itu saja

4 comments:

  1. tiap baris aku bace dr blog ni (part yg petanda jodoh tu) aku tersenyum.. sbb sume tu aku dah lalui. (mane taknye, 18jam sehari aku mengekori si Win, kan?) hehe, so aku doakan semoga jodoh kite seme dipermudahkn. sbb aku pon salu ditanye "Bile nk kawen?" aku jwb "kalo nk sponsor aku kawen, leh je aku kwen esok! nak sponsor kan ke??" haa, bia terbeliak org yg menanye tu.. sebok je soh aku kawen cpt, die ingat leh byr catering kenduri kawen dgn daun ke.. ngeh2.

    ReplyDelete
  2. itula semoga Allah permudahkan semuanya..semua dugaan yang mendatang tue ujian darinya & kite sebagai umat kene redha

    kawin tuekan sunnah nabi..lambat atau cepat tue bukan atas tangan kita..kalo cepat alhamdulillah, kalau lamabt mungkin allah nak kita lengkapkan diri dulu sebaik mungkin sebelum melangkah ke alam baru..tanggungjawab besar :)

    andai nak kawin simple pon still kene ada duit..pokoknyer mmg kene ade stable financial sbb lepas kawin lagi banyak mende nk pki duit (tue based on ex-teammate opis aku)

    ReplyDelete
  3. Betul tu edot..aku pun nk tny ko bila nak kawen?Dulu time blaja org suka tanya,bila nak grad?Itu je setiap kali balik kg.Bila dah grad,time training..bila nk habs training?Bila dah keje..org tny bila nk kawen?Bila dh kawen..org tny bila nk dapat anak?Begitula kehidupan seterusnye...

    ReplyDelete
  4. soalan tue akan terus ditanya sampai la diorg puas..tp manusia tak pernah puas~~that's fact of life

    nasib baik takderk plak orang tanye soalan bile nk mati? (sory kasar sket)..walhal jodoh,ajal,rezeki tue sume kan keje Allah..tayah tanye banyak² la..

    dunia,dunia

    ReplyDelete

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!