26 February 2008

0

lost in translation

mood: -rolleyes-
selected tracks: khai - cinta dalam ceritera cinta feat ezad exists, mila - mila bila cinta

dah 2 hari air-cond office on-off-on-off-slow (panas + tak selesa)

dah 2 hari tido aku tak aman; letrik umah aku (1 row ok! smalam terus blackout) asyik "kering" jer time tengah malam; aku tak leh tido; panas (again~~); nyamuk banyak; cuaca panas meningkatkan pembiakan nyamuk; aku ngantuk amat; aku letih sebab asyik terjaga jer...akibatnye..aku agak lost hari nie..RoR masih belum settle~

bila baca paper arus perdana, terlalu banyak cerita pilihanraya, begitu juga dengan berita di tv, ½ jam yang pertama belum tentu habis tentang cerita pilihanraya, belum masuk lagi blog² politik yang semakin bertambah sekian hari

google reader aku akan sentiasa update ngan berita terkini senario politik malaysia

aku masih belum sebagai daftar mengundi tahun nie..tapi aku gembira kerana kawasan aku diwakili oleh Dato’ Dr. Hasan Ali, seorang motivator terkenal esp time² aku skolah dulu..hopefully beliau berjaya & membawa perubahan yang baik untuk kawasan aku.

aku tak pro pada mana² pihak sebenarnya..semua pendapat yang aku luahkan disini & posting sebelumnya hanyalah pandangan aku sendiri berdasarkan pemerhatian semasa..tapi pada aku mmg ada yang tidak kene dengan kerajaan semasa..seperti wujudnya pengundi² hantu seperti yang diwar-warkan, ketelusan proses pengundian, pihak yang menguruskan proses itu (agak meragukan dengan pelbagai kenyataan yang bercanggah etc..

kate k.anum dengan cara mengundi sahaja yang dapat mengubah sedikit sebanyak senario politik, sebagai warganegara kite wajib laksanakan tanggungjawab itu. berYM bersama k.anum sedikit sebanyak membuka ruang di minda untuk mendaftar sebagai pengundi untuk pilihanraya akan datang..saya undi untuk siapa, itu rahsia saya & ia akan tetap jadi rahsia sampai bila²

chief kodok "if you don't vote, then you don't complain. because you let others decide who gets to be in power"..kate² ini juga membuatkan ruang minda saya terbuka.

adakah kerajaan yang baru akan melaksanakan semua menifesto yang telah diwar-warkan? atau hanya ingin memancing undi? adakah harga minyak akan terus naik? kite tunggu & lihat senario politik malaysia yang seterusnya LOL

it's time to change people. let's make a difference ;)

0 comments:

Post a Comment

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!