12 November 2008

.sepi.

mood: -cool-
selected track: baizura kahar - puisi sepi

hajat hati nk rewiew filem sepi yang sudah beberapa kali ditonton..hanya sedikit review tapi for experience better korang sume tengok sendiri kan?? hehehe..sape lagi nk support filem melayu kalo bukan kita?

motto filem sepi "cinta tak datang hanya sekali"..mengisahkan 3 karekter utama iaitu Adam(Afdlin Shauki), Sufi(Tony Eusoff) & Imaan(Baizura Kahar)

Adam: Tauke restaurant, pembuat kek (cantik2 fondant cake dier) yang SEPI tanpa teman disisi, digilai oleh Suzi(Nasha Aziz) yang 'wecky' sampai Adam jumpa ngan Ilyana(Vanida Imran)

Sufi: Tauke kasut, reka kasut sendiri yang SEPI selepas kematian isterinya Nina(Rozita Che Wan) bertemu dengan Marya(Eja), isteri Zain(Riezman Khuzaimi)

Imaan: Pelajar yang SEPI selepas kehilangan Khalil(Pierre Andre), membantu Ean(Syed Hussein) dalam pementasan teater~


overall memang best..kalo filem cinta ada hubungkait antara satu sama lain (sape tengok cite tue tau apa aku cakap)..cite nie memang tak lah! hanya jumpa di satu situasi yang sama je

plus Khabir Bhatia memang well-known dengan cinematography yang cantik..so impress that Taman Tasik Taiping sangat cantik

susunan muzik juga memantapkan lagi jalan cerita SEPI

antara scene yg aku suka:

1. Scene tayangan video time adik Adam, Dina kawin

2. Adam & Ilyana
Ilyana: Awak cari saye?
Adam: Sepanjang hayat saya

3. Ean & Imaan
Ean: Fight like it was me (time nie Imaan koma)

4. Ean & Imaan
Imaan: Terima kasih kerana selamatkan saya
Ean: No, terima kasih kerana membenarkan saya

boleh kate scene2 yang melibatkan Ean & Imaan aku suka..and jangan terkejut kalo aku cakap shrek ngan shakespeer pon berlakon dalam filem nie..hahahaha

most of the cast terkenal dengan cara & karisma sendiri dalam membawa watak masing-masing walaupun hanya cameo; contohnya Rozita Che Wan, scene sikit tapi cara dia bawa quite impressive, so like Reefa

my credit goes to Syed Hussein..rasa aku ni filem kedua dia..he's do an excellent job with Ean..the determine Ean & Baizura Kahar..mula-mula aku tengok SEPI, dia buat aku percaya yang Khalil tue macam wujud je (padahal aku dah tau yang Khalil tu dah mati..terlupa kejap..hihihi)

yerp..this movie yang aku layan last 2 weeks and all of you can call me jiwang or what so ever..sebab diwaktu emo2 nie aku perlu jadi hopeless romantic sket..(pujuk hati sendiri yang lara)

sepi

bisikku pada bulan
kembalikan
temanku, kekasihku, syurgaku

tanpa dia
malam menemaniku, sepi memelukkan

bulan
jangan biar siang
biar alam ini kelam
biar ia sepi sepertiku

so enjoy puisi sepi & hopefully if you have a chance to watch, enjoy the movie as well :) and might share comments with me

No comments:

Post a Comment

Hey you! Thanks for your 2cent! Appreciate it!